Masalah sosial orang kurang upaya.
Share
Siapa selalu lepak dekat Shah Alam mesti pernah alami peristiwa begini.Sedang rancak berborak tiba-tiba datang seorang buta dipimpin oleh orang sihat meminta hadiah (aku rasa perkataan sedekah terlalu kasar).Biasanya memang aku akan hulur satu ringgit takpun member aku yang lain akan keluar duit.
Tak salah nak menderma sebab sebenarnya kita tolong diri sendiri juga kalau ikhlas tapi jadi tak ikhlas bila orang buta itu pakai baju A|X sedang aku cuma pakai baju beli dekat Uptown.Tak pasti pula jika baju A|X dia beli dekat Uptown juga.
Jadinya aku terbuat satu eksperimen masa lepak dekat Pak Li Seksyen 7...
Macam biasa bila malam memang ramai orang tak kisah la cuti sem atau tidak jadi keadaan memang sedikit sempit untuk laluan.
Aku dan 3 orang lagi rakan-rakan sedang rancak berborak tapi terhenti seketika bila tiba-tiba ada si buta dan orang sihat memimpin tangan si buta menghulur tangan.Member aku tak banyak cerita terus hulur duit satu ringgit yang dah disediakan macam bayar wang perlindungan pula.
Waktu itu aku tak perasan yang kaki aku terkeluar dari kawasan radius tempat lepak dan bakal menghalang laluan orang buta berkenaan.
Tapi orang buta itu boleh pulak mengelak dari tersadung kaki aku.Selamba saja dia melangkah kaki aku yang menghalang laluan seolah-olah dia tak buta boleh nampak alur punggung minah yang duduk belakang aku.
Bila dia tersedar perkara demikian terus saja dia beredar tak jadi kutip wang perlindungan lagi.
Jadinya moral dari cerita ini ialah biar buta mata jangan buta hati,biar muka buruk jangan busuk hati.
Bak kata Suban,bila kita menderma sebenarnya kita tolong diri sendiri juga tak kisahlah yang dia sebenarnya buta atau tidak.Yang penting ikhlas.
Bak kata Razi pula,kalau tak buta janganlah menyamar buta nanti jadi buta betul-betul baru tahu.
13 comments:
nak tiru eksperimen ni jugak lah. haha
aku lagi rela beli kerepek2 makcik yg kadang2 xde sape nk beli, dari bg duit kat org buta. bkn aku tanak sedekah, tp aku takut makin berdosa sbb aku galakkan diarg menipu. entah la...
pernah gak dtg kat aku pakai baju melayu yg sumpah selekeh,kurus mcm penagih dadah sambil hulur yassin, katenye derma utk anak2 yatim yg nk buat khatam Quran. pas aku bg duit, datang dua org badan macam bonzer tny aku pasal budak yg dtg mintak derma. bonzer tu ckp, dia tu mat pit, dah sangap sgt, byk hutang plak tu. aku terkedu..
errrr..rupe2nya aku membantu dia beli dadah.
Tapi bf aku plak ckp mcm Suban ckp la, ikhlaskan je niat kite utk sedekah, satu kite bagi, 10 Allah balas, tp, kalau dah syak dia tu menipu, jgn la bagi.
@suria: ko jgn komen..
ko wat entry:
Re:"Masalah sosial orang kurang upaya." amacam?kate takde idea..huhuhuhuuu
razi..apelagi..jom la kite ramai2 try wat kat taman rakyat..ramai mangse kot..huhuhuhuhuu
@dayah : hahaha..Razi jd si buta, ko tukang bawak tisu. keh3 ok gak tu. baik buat skrg sebelum AC di tutup
@suria: aku taknak kaco razi dah..hahahahhaaa.. aku terlalu kiut tuk bawak tisu kehulu ke hilir..keskeskes
@dayah : tak pe ke kite berborak kat sin? xpe kott, razi xkan marah kite yg comel ni.
dah la dayah, jgn kacau razi lebih2. aku pun xnk kacau dia. keh3
bye razi..sampai sini sahaje persahabatan kunun dunie akhirat kite.. T_T...-emo pehal?-..hahhaaaaa
dgn ini razi, aku mohon maaf sekiranya terdapat salah phm sepanjang persahabatn kite (uuweeek, aku bkn mengandung, aku geli je, aku juga mohon maaf jika terdapat kekasaran ketika bergurau dgn ko. gurau2 kasar ko kat aku, sikit pun aku tak ambik pot, ataupun kettle.
hahaha.. bye razi..
daaaaaaa...
(bye utk entri ni, entri akan dtg aku serang lagi)
tuelah...aq sbnrnya susah nk percaya diorang nie...tkut kite y kene tipu jerr...tp y aq percaya...org buta y mnnyanyi tue...wlu buta tp diorg usaha dgn mnnyanyi...memang aq tabik arrr...
ak sokong moral of the story kali ini.
'biar buta mata jangan buta hati,biar muka buruk jangan busuk hati'
Atiqah:Tiru macam saya.Huhuhu...
Suria & Dayah :Hahaha sengal berdua ini.
Zetty:Sekurangnya ada benda yang dimodalkan.Betul tak?
Annie:Lagi elok kalau rupa kacak hati baik macam aku.Keh Keh.
rupa kacak baik hati mcm ko razi??
erkk.
kenape ak dpt reply komen mcm ni?
eh, ada nama aku..hehe.
btw, aku sbnrnya suka blog ko ni, cara penulisan santai dan klaka. tapi aku bukan nak pau ko. haha.
Post a Comment