Kisah benar warga emas 'bunian' dan aku
Share
Sebenarnya tak mahu cerita takut nanti blog aku jadi sama taraf dengan Mastika tapi lagi elok sikit dari jadi Majalah Mangga yang memaparkan buah dada sebagai subjek fotografi.Kisah yang bakal aku sampaikan ini penuh dengan unsur mistik dan seram jadi kalau rasa lemah semangat aku cadangkan baca waktu siang di pejabat.Kalau takut ajak bos temankan sekali.
.............................................................................................................
Hari Sabtu yang lepas tatkala sesetengah dari korang sedang happy di rumah boleh bangun tengahari aku pulak bangun pagi-pagi sampai ofis kena maki.Kalau hilang sabar boleh kena kaki siapa yang maki tapi toksahlah ikut sangat rasa hati nanti mati.Macam pantun pulak bunyinya!
Masa terus berlalu dan dihabiskan dengan ulang-alik ke depan ke belakang sambil bawa sebatang pen dan sehelai kertas untuk nampak macam sangat sibuk dan sangat rajin.
Nak tampak lebih realistik sanggup balik dekat-dekat maghrib.Singgah sebentar di Petronas Olak Lempit yang merupakan satu-satunya benda paling maju disitu sebab menawarkan kemudahan mesin ATM.Singgah untuk isi minyak bukan nak jual minyak dekat awek kaunter walaupun selalu kena ngorat dengan mereka.
Sedang isi minyak tiba-tiba aku didatangi seorang makcik lingkungan umur 60-an.Sebenarnya sebelum masuk Petronas tadi aku dah perasan ada seorang makcik berdiri di antara mesin pam.Aku suspek ini mesti sindiket meminta sedekah menggunakan perempuan tua sebagai umpan.Jadinya aku buat-buat tak nampak saja.
"Kau nak pergi mana?" tanya makcik tue suara macam nenek kebayan.
"Ha?" aku kurang jelas pendengaran
"Makcik tanya kau nak pergi mana?" ulang makcik tadi.
"Saya nak balik rumah" jawab aku sambil senyum tawar.
"Rumah kau kat mana?" soal makcik tadi lagi
"Rumah saya dekat Klang" aku balas dengan penuh sopan dan beradab selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur
"Kau lalu Bukit Changgang?"
"Ha?"
"Kau lalu Bukit Changgang??"
"Oh! tak lalu makcik"
Makcik tersebut terus berlalu pergi bertanyakan kereta lain.Aku lihat setiap dari mereka tiada yang menghala ke sana.Mungkin ada yang menghala ke sana tapi atas faktor keselamatan ditipunya makcik tersebut.
Rasa tak sedap hati pulak.Terus teringat dekat atuk dan nenek aku di kampung.Hati serta-merta jadi sebak dan sayu lalu terus pasang niat "Kalau sampai aku habis isi minyak makcik nie tak dapat orang nak tumpang lagi,aku mesti tolong dia" semat dihati.
Mungkin dah memang suratan takdir,sampai aku habis isi minyak makcik tadi masih tak dapat nak tumpang sesiapa hatta Bangladesh naik basikal sekalipun.Mukanya kelihatan penat,entah dah berapa lama dia berdiri dekat situ.
"Kalau makcik nak tumpang,mehla saya hantarkan" pelawa aku kepada makcik tersebut.
"Terima kasih...terima kasih" berulang-ulang kali makcik tersebut mengucapkan terima kasih kepada aku.
"Pakai seatbelt yer makcik" beritahu aku sambil masuk ke gear 3.Kereta terus meluncur laju.Aku lihat makcik tersebut bukannya nak tarik seatbelt tue tapi dia selitkan kepala dia dalam seatbelt.Rasa nak tergelak pula tapi mungkin makcik tersebut orang miskin tak pernah naik kereta atau mungkin juga makcik tersebut samseng jalanraya naik kereta tak pernah pakai seatbelt.
"Nak turun dekat mana nie cik?" tanya aku
"Depan sikit...depan sikt..."
"Ok masuk simpang tue!" makcik tersebut memberikan arahan
Aku pun masuk la simpang tue.Dari jalan raya sampai ke jalan kampung sampai ke jalan kecik sampaila ke jalan tanah merah.Aku dah rasa tak sedap hati.Dahla waktu itu maghrib.
"Ha,berhenti dekat pokok Kedondong tue!" makcik tadi menunjukkan suatu arah yang aku pun bukannya tahu pokok Kedondong tue rupa dia macamana.
Aku perhatikan kawasan sekeliling memang takde rumah.Makcik tadi ucap terima kasih lalu terus pergi meninggalkan aku dalam keseraman....
.............................................................................................................
Tadi masa dekat ofis aku ceritakan pengalaman seram aku pada rakan-rakan ofis terdiri daripada seorang pelukis pelan,tiga orang kerani dan seorang tukang sapu.Mereka khusyuk mendengar cerita aku sampai habis.
Makcik tukang sapu pun bertanya camne rupa perempuan tue.
Aku bagi la description se-detail yang mungkin dari bentuk muka sampai la ke bentuk kuku.
"Lor,udah padanlah Wak Jenah boleh sampai kesitu.Kau yang ngantar dia rupanya" makcik tukang sapu berkata-kata.Aku jadi hairan.
"Kenapa dengan dia cik?"
"Dia tue gila.Hari Sabtu hari tue keluarga dia report dia hilang.Satu kampung cari dia last-last jumpa dekat kawasan kebunnya Wak Deris.Orang kampung kata dia dibawa orang bunian,ngko yang buniannya rupanya...keh! keh!"
"Cilakak!" kata aku didalam hati.
20 comments:
gila berani kau..mujur die xrogol kau..wakakaka
hahaha....laa..aku tak tau pun bukit changgang ada bunian . bunian siap ada kereta lagi . haha .
bongok la... hua hua hua berperikemanusiaan gak ko rupenye.. tak sangka! (kidding)
nasib baik makcik tu bukan gila yang stail simpan pisau dalam baju-masuk-kete-ko-kena-tikam. Kalau tak... *geleng geleng pale*
hahahahaa~ adeyhh.. bunian pulak jadinyee..
kah kah kah .
razi bunian .
kah kah kah lagi ;p
ishh...asik cite psl org bunian je...ad pape ke??
selisih malaikat la,xnk ap2 jadi...
semoga syg di hindari dr perkare2 yg tidak di ingini.....
aminnn......
ouwhh..nasib baik tak feelin dgn mak cik tue
*kagum ko berani.aku serius cakap aku takut
hahaha ... jarang dengar cerita bunian lelaki ... ni first time ... memang boleh tabik spring kat ko la razi ... berani and ada sikit perikemanusiaan ... tapi sian makcik tu ... huhuhu...
"makcik tersebut bukannya nak tarik seatbelt tue tapi dia selitkan kepala dia dalam seatbelt." --> patot la.. makcik tu gile rupenye.. XP
hahaha lawakkk
bangang la..haha
selamat tak kena cabul..kalau tak tajuk cerita dah jadi "kisah benar jejaka bunian dicabul nenek gila"
hahahaha...adeii hebat mak cik tu biarpun gila tapi ingat nama tempat lak tu hoho
sib baik ko tak dituduh buat sexual harassment oleh macik tu
klasik betul la ko ni razi..hahaha
aku rase aku nk tikam kaw skang..giler cuak aku nk bace en3 kaw tetengah malam bute nh...tp aku salute r kaw razi...baek siot...=)
dah x psl2 skor jadi bunian!
xsangka aq...baek jugak ko nie..hehehe..gurau jerr...
lawak arr punyerr cerita..kecik btol dunia...tuptup..upenyerr mkcik kat ofis tue kenal...hehehe
disebabkan ko x cam pokok kedondong tu camne... tah2 ko stop bawah pokok rambutan. mak cik tu men bantai je nama pokok.
Hahaaa... Kelakar.
Post a Comment