Wednesday, August 17, 2011

Update Cepat Siri 2

Share

Dah lama aku tak update blog.Kalau aku update pun bukan ada orang nak baca balik-balik aku jugak yang bukak sendiri pastu klik iklan Nuffnang sendiri.Nasib baik aku tak komen sendiri macam loser gila.

Hidup aku ok.Tak banyak yang berubah.Kalau ada pun mungkin dah berisi sedikit.Itupun tak ketara sangat macam sesetengah member.Habis belajar jer badan semua macam kena pam.Mengembang jer.Kalau yang perempuan dah kahwin aku faham la siapa yang 'pam'.Keh...Keh...

Rutin aku bangun pagi pergi kerja balik kerja malam tengok movie.Kalau takde movie pun aku takde hati nak update blog.Nak bukak blog sendiri pun malas apatah lagi nak bukak blog orang lain.Entah-entah Hanis Zalikha pun dah kahwin kot sekarang.Nak cakap lama gila tak bukak blog secara metaforanya.

Sekarang ini aku rasa nak beli sebijik kamera DSLR.Tapi duit semua dah masuk budget kahwin jadi aku tangguhkan dulu perasaan aku.Bukan apa,aku sebenarnya nak pergi bercuti sorang-sorang.Pergi satu tempat yang masih terpelihara daripada pembangunan pesat.Pastu aku pergi naik keretapi saja.Itu yang nak beli DSLR sebijik kalau tak macam tak lengkap la percutian.

Sebut pasal kahwin,hari itu waktu dalam kereta aku dan tunang aku sesaja discuss pasal balik raya.Aku suggest raya pertama bersama kitaorang raya kampung aku.Tapi dia nak raya kampung dia (macam dia ada kampung).Bahaya benda-benda begini kalau diteruskan jadi aku usulkan satu cadangan yang bernas.Seminggu raya kitaorang raya kampung aku,balance itu semua raya kampung dia.Tapi seminggu raya itu adalah seminggu pertama....hahaha.

Hari itu masa lepak entah camne aku dan kawan-kawan boleh terdiscuss pasal bulan puasa betul ker syaitan kena ikat.Semua setuju dengan pandangan biasa bahawa syaitan kena ikat waktu bulan Ramadhan tapi tiba-tiba member aku cakap "Abis apsal korang semua ada kat sini?".Macam siot mulut.

Lagi...

Aku rasa bos aku sengal la.Hari itu aku tengah meeting pasal outstanding problem.Camne nak setelkan semua problem tue.Tiba-tiba dia masuk dalam meeting,tanya dua-tiga soalan lepas itu dia marah-marah.Dia cakap apsal banyak problem tak setel.Dia suruh kitaorang semua discuss camne nak setelkan problem tue.Aku dalam hati cakap "Abis kitaorang semua buat apa sekarang nie?Main golf?".Tapi cakap dalam hati saja la.Biasalah,bos is always right,we always left.

Macam mengarut aku tulis panjang-panjang nanti sudahnya tak boleh publish pulak.Ini pun dah nampak error saja nak save draft.Oklah bye semua aku ucapkan

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT HARI RAYA".




7 comments:

fana August 17, 2011 at 2:54 AM  

aku rasa aku tak pernah fail dari terkekek kekek depan laptop masa baca belog ko.. adeh.. lama dah tak baca. sebab lama dah tak ko tulis.. selamat berpuasa dan selamat hari raya jugak..

ch!natsu August 17, 2011 at 6:41 AM  

hehe agree ngan fana kat ats nie.. salam ramadhan~ =)

warx.hensem August 17, 2011 at 7:53 AM  

ko buat ape bulan puasa ni merayau2 kat bumi..syuh22

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 17, 2011 at 10:45 AM  

Fana:Yerla,aku bukannya ada banyak masa macam lecturer.Susah nak selalu update.

Chinasu:Huhu.Thanks! sbb sudi baca.

Warx:Lu nak kenal erti penyesalan?Keh...Keh...

Unknown August 17, 2011 at 11:11 AM  

huhuhu ramadhan terakhir sebagai bujang? huhu..takut tak

HM August 21, 2011 at 3:18 PM  

..aku de sebiji DSLR..bulan 10 taun lepas aku g bercuti sorang2 kat pulau perhentian..bwk dslr..damai sungguh..

cuma nk highlight, apa yg ko nak buat tu aku da buat..yay!!!!

[tp org xpercaya pn aku g sorang2..huh!]

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 23, 2011 at 12:08 AM  

Tengku:Tak takut tapi teruja.Hahaha

Zaza:Model apa?Boleh la ajar aku lepas ini.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP