Friday, April 15, 2011

Update Cepat Siri 1

Share

Salam semua pembaca

Apa khabar semua?Aku harap korang sihat! Kalau tak sihat pegi la berehat baca blog lagi buat apa?!

Adapun aku dah lama tak memperbaharui blog ini adalah kerana aku kesuntukan masa.Bayangkan setiap hari aku balik pukul 9 malam.Baru bukak Facebook dah mengantuk jadi memang celah Rosnah mana aku nak update.

Ini pun aku update cepat-cepat kasi korang tahu apa perkembangan terbaru aku.

Pertama sekali kereta aku yang eksiden hari itu dah elok balik.Malah lagi best bawak dari sebelum aku eksiden buat aku hairan sebab orang kata biasanya lepas eksiden mesti bawak dah tak best.Cuma mental aku masih belum kuat lagi.Racing dengan lori hantu pun masih cuak-cuak nak potong.

Keduanya aku baru saja depositkan cek hasil penulisan blog aku.Takdelah banyak mana pun (sengaja cakap begini agar tak kena cukai pendapatan....zakat takpe!).Jadi aku harap korang akan terus klik iklan Nuffnang tue walaupun korang jantan dan iklan dia pasal pampers wanita (pad).

Ketiganya esok aku ada kursus kahwin jadi jahanam apa tak tido lagi?

Ok bye! Love you all my pembaca especially gadis-gadis sunti.Yang jantan love jugak tapi kita cover XOXO saja lah!


3 comments:

yusuf mujahidin ™ April 16, 2011 at 8:55 AM  

Salam Razi

aku baru tahu kete ko esksiden..
baru nk tumpg
skrg blh tumpg simpati je..hehe


xoxoxox


kehkehkeh~


p/s: ape barang gi kusus kawen bro..tk amerika la..haha

Anonymous April 18, 2011 at 12:32 PM  

rindu nak dengar ko merepek.

XOXO
- gadis comel! - haha

Anonymous April 24, 2011 at 6:15 PM  

da nk kawen pn still mau ngurat gadis2 sunti....

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP