Monday, February 28, 2011

Senaman mudah menguruskan badan.

Share

Curik dari sini



Nak suruh aku terangkan memang tak dapat la.Serius aku tak faham apa dia tulis nie.Wakakakaka!

Sunday, February 27, 2011

Dilema lelaki bekerjaya.

Share

Sebagai seorang eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat berteraskan industri perkhidmatan kejuruteraan,hampir 60% tugas aku berkisar di dalam pejabat dan baki selebihnya aku kena pergi melawat kilang pelanggan.

Bila pergi melawat kilang pelanggan janganlah harap kau akan jumpa mereka dalam bilik yang ada sistem penghawa dingin termoden dan penyambut tetamu muka macam pornstar.

Apa yang ada hanyalah kesan minyak pelincir bersuhu tinggi yang digunakan pada mesin dan bau peluh lelaki yang bekerja didalamnya.

Sebab itu bila tiada pelanggan yang ajak pergi lawat kilang mereka aku merasa sangat bersyukur sebab dapat duduk ofis yang ada sistem penghawa dingin dan boleh buat air Nescafe sambil mengunyah Mamee di depan komputer.




Tapi rasa macam bercinta dengan bapok betul bila kena gosok baju kemeja nak pergi kerja esok nie.Cepat-cepatlah ada bini boleh tolong gosokkan.Lewat sikit aku pulak tolong 'gosok'kan dia.Keh Keh.

Friday, February 25, 2011

Doktor salah bagi ubat sampai pesakit mati?

Share

Seringkali bila tulisan buruk nak mati,si penulis akan cakap "Ala,tulisan doktor memang camni".Kalau buruk jer tak kisah sangat tapi kalau dah sampai tak boleh nak baca itu memang masalah besar.


Macam bos aku,tulisan dia memang ada seni sampai aku ingat dia tulis kaligrafi cina.Kadang-kadang dia sendiri tak faham apa dia tulis buat aku rasa nak sumbat jer kertas tue dalam mulut dia.Nasib baik dia bukan doktor kalau tak dah lama aku mati salah makan ubat.

Jadinya berbalik kepada tulisan doktor yang buruk tadi,aku tertanya-tanya ada tak pesakit yang mati bila ahli farmasi salah bagi ubat kesan dari tulisan doktor yang buruk tadi sebab benda macam ini kalau ada pun biasanya dirahsiakan.

Nah! hari ini terjawab sudah soalan aku.

Klik sini untuk baca berita penuh

Aku harap member aku yang bakal doktor macam Naqqib nie takde bunuh orang pasal tulisan dia memang buruk.Tapi paling buruk selipar jamban Asadi dia kaler kuning.


Wednesday, February 23, 2011

Cara-cara nak buat telur bentuk love

Share

Hai makwe-makwe diluar sana.Syok betul bercinta kan?Dapat pulak pakwe hensem muka macam Anuar Zain.Kalau dapat yang kurang hensem sikit hidung kembang macam Aizat pun kira orait apa pandai main gitar boleh nyanyikan korang lagu sebelum tidur.


Sebab dapat pakwe hensem jadi kena la tunjuk yang kita nie betul-betul sayang nanti kena kebas.Kebanyakan makwe pilih jalan mudah tunjukkan sayang pada pakwe dengan serahkan dara.Tak pasti pula samada mereka ikut kempen Samy Vellu "Marila kita menderma dara,janganlah kita menghisap dada".

Tapi kini tak perlu lagi susah payah kena kangkang bagai nak tunjukkan rasa cinta anda.Siapa yang minat tengok cerita Jepun mesti perasan kengkadang si makwe bawakkan bekal makanan untuk si pakwe siap ada bentuk-bentuk love lagi.Apa?Tak ada?Korang tengok cite Maria Ozawa memang la takde.

Jadi camne caranya nak buat bentuk-bentuk love gitu?Kalau lovebite takyah ajar mesti korang tahu punya.

Amacam?Comel tak?
Nak tahu lebih lanjut lagi cara nak buat telur bentuk gini pegi klik sini


p/s: Oit cik tunang,bila nak masakkan saya telur bentuk gini?Jangan pakai telur saya ek! Keh...Keh...


Tuesday, February 22, 2011

Tips bergaya untuk lelaki yang hodoh nak mati.

Share

Anda seorang jejaka yang kurang kacak atau dalam erti kata lainnya hodoh nak mati?Takpe jangan risau cinta ditolak berkali-kali kerana hari ini anda adalah orang bertuah yang datang ke blog aku bakal menemui tips-tips terhebat abad ini cara untuk kelihatan bergaya dan menarik.

1)Tips pertama bagi lelaki untuk kelihatan bergaya ialah dengan memakai cermin mata hitam.Pastikan anda pilih cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka.Jika anda tersalah pilih ada kemungkinan anda akan disalah anggap sebagai orang buta.Salah satu pantang larang tips ini yang perlu anda patuhi ialah jangan sesekali pakai cermin mata hitam diwaktu malam. Anda akan kelihatan teramat bangang.

2)Tips pertama tadi secara automatik akan menaikkan peratus hensem anda sebanyak 3% secara purata mana-mana lelaki hodoh nak mati.Jadi tips seterusnya ini akan menaikkan lagi peratus sebanyak 7% yakni dengan pemakaian jaket.Jaket ada banyak material dari jenis kulit babi sampailah ke kain kapas.Seeloknya pemakaian jaket hendaklah disesuaikan dengan keadaan cuaca jangan jadi bangang pegi pakai jaket tebal budget muka macam pelakon Korea.Awek rupa macam KLCC tak siap pun tak lalu nak pandang kalau pakai jaket tebal ada kucing parsi mati dekat tengkuk (jaket yang ada bulu-bulu kat tengkuk).

3)Tips ketiga ialah dengan menambahkan aksesori seperti kamera DSLR tergantung dileher.Tips ketiga ini akan membuatkan peratus hensem meningkat sebanyak 30%.Tak kisah la jika anda hanya tahu menggunakan mode auto semasa mengambil gambar.Pandai guna atau tak itu belakang kira janji ada.Kau ada?

4)Tips keempat ialah dengan gabungan tips pertama dan kedua ditambah sebiji motosikal berkuasa besar.Haruslah diingat hanya motosikal berkuasa besar disarankan.Mana-mana EX5 atau Kriss yang tukar ekzos agar bunyi serupa Ducati tidak tertakluk dalam syarat dan terma.

5)Tips kelima sama seperti tips keempat cuma penggunaan jentera yang berbeza.Sebenarnya anda boleh memilih tips kelima atau keempat ikut suka dan kemampuan.Tips kelima ialah dengan memandu kereta sporty.Kancil lowered atau Myvi SE tidak tergolong sama sekali.Wira SE boleh dikira sporty tapi sebab aku benci Wira maka kelayakan ditarik balik berkuatkuasa serta-merta.Jenama BMW paling disarankan diikuti dengan Mitsubishi dan Honda.

Nah! sekarang cecite gadis mana tak cair sama lu?



Muka cam gini tak perlu semua tips diatas.Keh! Keh!


Monday, February 21, 2011

Dua?

Share

Boleh tahan lama aku tak update blog sampai lupa username.Nasib baik nama sendiri masih ingat kalau tak terpaksa korang panggil aku Jason Bourne.Keh! Keh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dari tadi dua perenggan tue jer tak berganjak.Memang tumpul gila otak bila dah lama tak menulis nie.



















Tuesday, February 1, 2011

Selamat Tahun Baru Cina!

Share

Hari ini rakan-rakan cina di kilang aku dah mulai cuti.Yang Melayu dan India pun tumpang sekaki mintak cuti sekali.Ofis pun jadi lengang macam takde orang kerja semua dah jadi zombie.

Maka kerja aku hari ini hanyalah berjalan-jalan sambil makan limau dan mintak angpau.Cuma bawak sekeping drawing dan sebatang pen untuk lakonan.

Akhirnya kerja lakonan untuk hari ini tamat juga bila jam tunjuk pukul 6.Terus kemas-kemas meja dan limau lebih untuk dibawa pulang sebagai bekalan dalam perjalanan.Tinggal esok saja satu hari lagi sebelum cuti tapi yakin esok kerja mesti jadi macam cilaka boleh mengulor sesukahati sebab bos takde tinggal kerani dua tiga orang.

Lepas punch card nampak bos aku dekat depan pintu ofis.Terus pergi dekat dia untuk salam-salam dan ucap 'Selamat Tahun Baru Cina'.

Sekali dia cakap....."Esok I kerja lagi la"

Aku terus down!




Nasib baik esok nak makan Lobster.Best! Best!


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP