Sunday, June 27, 2010

Upacara Pecah Dara Kereta Member Di Melaka

Share

Matahari cerah tanpa kelibat awan hitam.Dari tingkat 9 kelihatan warga UiTM sibuk dengan tugas dan jadual harian mereka.

Namun bagi aku,penantian memang satu penyeksaan.Bila janji pukul 12 tapi sekarang dah nak pukul 1 memang merengsakan.Lantas aku ambil tindakan nekad blah dari situ cancel appointment dengan supervisor.

Tindakan nekad itu disusuli dengan kerja gila mesej kawan-kawan ajak pergi Melaka.Sebab kawan pun gila maka semua setuju sebulat suara tanpa bantahan.

Lebih kurang pukul 3 kami keluar dari plaza tol memasuki lebuhraya utara-selatan.Member baru beli kereta baru jadi upacara pecah dara kereta member dimasukkan sekali dalam agenda.

Aksi-aksi 180km/j keatas berleluasa sepanjang perjalanan pergi.Nasib baik dah mengucap dua kalimah syahadah jadi kalau eksiden mati terus dalam Islam.

Tiba di plaza tol Ayer Keroh 45 minit kemudian dengan semua bersyukur sebab masih diberi kenikmatan bertaubat.

Boleh dikatakan selain pecah dara kereta member,perjalanan kali ini berkonsepkan jalan-jalan cari makan.Asal berhenti jer makan.Asal makan jer berhenti.Jadi sebab ada sorang member sarat mengandung mengidam nak makan coconut shake maka destinasi pertama Pantai Klebang.

Ok ini sumpah tak tipu.Coconut shake dia memang terbaik.Bayangkan air kelapa asli yang baru dibuka,dicampur sekali isinya,ditambah 6 scoop aiskrim perisa vanila dan diblend lumat penuh gaya.Ah! cite saja tak guna kalau tak pergi rasa sendiri baru tahu perasaan ejakulasi selain waktu beromen.


Memang terbaik! Err...abaikan peha Puyat dalam gambar


Kalau tengok kedai dia memang macam gerai-gerai tepi jalan biasa tapi orang yang beratur macam nak beli tiket wayang cite box-office.


Kedai dia biasa jer tapi orang yang beratur memang luar-biasa


Tekak yang kering dengan munajat dan mengucap sepanjang perjalanan tadi telah dibasahkan maka epik pengembaraan pecah dara kereta member diteruskan dengan hala tuju ke bandar.

Perut mengelodak dengan asid memaksa kami mencari kedai makan.Mujurlah Habib selaku penunjuk jalan memang kuat makan jadi tempat makan sedap memang takde masalah langsung dibandar Melaka ini.

Destinasi yang bakal kami tuju ini terletak diseberang sungai Kampung Morten berdekatan dengan kampus bandar UiTM.

Kedai dia memang tiada tarikan penari bogel atau muzik dangdut tapi warga emas banyak berkunjung ke kedai itu.Boleh kata kami saja orang muda yang lepak situ.Warga emas melepak disitu sambil bermain dam.Konsepnya 1 Malaysia.Cina,India,Melayu semua sama-sama beriadah main dam diselang-seli dengan pertaruhan atau istilah dalam Islamnya,JUDI.

Jadi kami pergi mamposkan warga emas disitu baik makan dari buat dosa mengumpat makan daging liat.Aku order mee goreng basah,Puyat order mee bandung,manakala Habib dan Ajib diet sebab gemuk.Hoii!! memang terbaik la mee goreng basah dia sampai dua orang diet tadi cancel program diet mereka.


Orang diet tak jadi diet


Bila jasmani telah dipenuhi,keperluan rohani pula perlu diisi.Jadinya kami solat Asar di surau Kampung Morten.

Kampung Morten terletak dipinggir Sungai Melaka.Kalau dari tepi jalanraya memang akan nampak rumah style lama zaman kesultanan Melayu Melaka.Kebanyakan penduduknya disitu ramah-tamah yang walaupun berada dalam arus kemodenan globalisasi tapi adat resam nilai-nilai murni masih terpahat di generasi kini.Kau orang tanya soalan bodoh macam "Ini rumah pakcik ker?" sambil orang tua itu terang-terang tengah melepak depan rumah dia pun akan dilayan mesra.


Rumah dibelakang itu berusia 100 tahun


Tangga rumah nie takde paku tapi dia pakai pasak jer


Suasana di Kampung Morten bagi rumah yang moden sikit


Memang tidak lengkap kunjungan ke Melaka jika tidak ambik gambar dekat A Famosa jadi kami melengkapkan epik pengembaraan pecah dara kereta member kami dengan ambil gambar sekitar situ.Eh korang tengok jerla gambar apajadah semua nak aku cerita tak belajo sejarah ker lahanat? (slang Melaka).


Parking dekat muzium apantah nama dia


Ajib semput naik tangga


Aku dan patung kudung


Gambar nak macam cover album


Batu-batu ditepi dinding ini dikatakan oleh Ajib sebagai portal ke dunia lain.Liancau!


Monumen bersejarah tanda pernah dijajah


Sepasang kekasih dihadapan air pancut


Sepasang err...kekasih? dihadapan bunga


Tajuk gambar ini:Dalam kandungan


Padahal pedang plastik jer tue


Lepas itu kami pergi lepak dekat Dataran Pahlawan sementara menunggu acara utama tujuan sebenar kedatangan kami.

Melalui pemerhatian,bilangan awek di Dataran Pahlawan semasa kedatangan kami susut mendadak jadi hipotesis semakin banyak budak UiTM masuk mendaftar,semakin banyak awek di Dataran Pahlawan kami rencanakan.

Sambil melepak di padang rumput Dataran Pahlawan kebanyakan perbualan berkisar kepada perihal senaman menguatkan tenaga batin dan bicara dari hati ke hati.


Tengah sibuk cite pasal senaman 'Phoenix membelah langit' yang dibaca dalam Kamasutra


Sebenarnya belakang tue ada awek tapi bila kami datang diorang terus balik.


Tiba-tiba Habib mencadangkan untuk beristirehat dalam Dataran Pahlawan sambil menikmati urutan kaki tapi cadangan itu ditolak sebulat suara termasuk pencadang sendiri sebaik saja terlihat akan bapok-bapok saiz gergasi ajak urut dekat kedai mereka.Gila apa body-to-body massage?

Jadi sebab nak jimatkan kos kami urut dekat kerusi urut game arcade jerla.Baru RM1.


video


Dalam pukul 8 lebih,dan bila tak tahan asyik kena ngorat dek bapok gergasi dalam salon maka kami mengorak langkah menuju ke Umbai bagi menikmati hidangan laut segar.

Di Umbai kami memilih satu kedai bertajuk Parameswara yang diambil sempena nama pengasas Melaka.Kelibat orang ramai dah macam cuti sekolah tambah pelik bila banyak kereta plat KL dan Singapura menimbulkan tanda-tanya diorang nie tak keje ker?

Salah satu budaya unik yang terdapat disitu ialah kebanyakan mereka memesan ikan tanpa nasi dan ikan tersebut diratah begitu saja.Memang berbeza dengan di Selangor dan Perlis.

Tambah terbaik bila ada Ajib dalam geng yang merupakan seorang pelajar jurusan kulinari dan pengalaman kerja hampir 8 tahun dalam bidang masakan jadi masalah pilih ikan memang tidak timbul.Kalau nak harapkan aku dan dua lagi mangkuk hayun tue memang zero knowledge pasal masakan tahu mentekedarah jer.


Yang sedang diratah Ajib itu ikan kerapu masak 3 rasa.


Air asam dia memang terbaik bila cicah dengan ikan jenahak bakar macam serasi sangat,macam blackcurrant dengan lemon.


Macam tak makan 100 tahun sekejap jer ikan tue tinggal tulang.Orang cakap nak ambik gambar kejap pun tak dihiraukan perangai masing-masing macam dubuk.

Aktiviti diteruskan lagi tapi kali ini konsep cari makan ditukar kepada konsep 999 macam dekat TV3.Habib selaku penunjuk arah sekali lagi membawa kami menerokai kegiatan sosial waktu malam di Melaka.

Gambar tidak sempat dirakamkan kerana berbahaya kepada krew tapi apa yang dapat disaksikan ialah kelibat pelacur tua menanti pelanggan,sekawan bapok gergasi dingorat mat rempit dan GRO melepak di depan kelab.Semuanya disaksikan penuh keinsafan dan kesyukuran kerana masih dijauhkan dari terlibat dengan perkara-perkara tersebut.Semoga mereka memperolehi keinsafan dan kesempatan bertaubat.

Pepatah ada mengatakan,burung pun tahu pulang ke sarang.Jadi apakejadahnya kami yang manusia tak reti balik? Lepas kena ayat pedih dari ibubapa masing-masing kami pun merangkak pulang hilang dalam kegelapan malam meninggalkan seribu kenangan indah di Melaka.




Tuesday, June 22, 2010

Duit hasil Nuffnang mampu beli kereta baru?

Share

Setinggi-tinggi syukur pada Allah yang memberi rezeki dan ucapan terima kasih pada semua kawan-kawan pembaca yang sudi klik iklan Nuffnang aku atas entri rayuan simpati insan memerlukan yang lepas.

Duit yang diperolehi hasil pengiklanan Nuffnang tue mampu la tanggung sedikit perbelanjaan aku dalam membeli kereta baru.



Amacam?Dengki tak?Wakakaka....


Sunday, June 20, 2010

Bantu saudara kita yang memerlukan.

Share



Mohon saudara-saudara pembaca sekalian memanjangkan perkara ini kepada kawan-kawan.

Saya tahu kalian semua terdiri daripada mereka yang baik hati,cantik budi pekerti dan tinggi ilmu.




Jadi apalah kiranya jika kita sama-sama lakukan sedikit amal-ibadat,bantu saudara kita yang dalam kesusahan,kekurangan.




Err...tolong ramai-ramai klik iklan Nuffnang aku ek.Ok terima kasih.



Saturday, June 19, 2010

Info bukan kutip dari majalah

Share

Innz kata blog aku takde bagi info.Meh aku bagi info.




1. Tahukah anda darah haid boleh digunakan sebagai cat merah?


2. Tahukah anda bahawa syarikat pembuat tayar,Dunlop dan syarikat pembuat tilam,Dunlopillo bukan bisnes adik-beradik?


3. Tahukah anda bahawa Lady Gaga bukan dari golongan bangsawan?


4. Tahukah anda bahawa kereta paling laju di Malaysia ialah kereta Wira?


5. Tahukah anda bandar Klang pada suatu masa dahulu pernah digelar bandar gagak?

Ini burung gagak...bukan kumpulan gangster Suzuran!


6. Tahukah anda David James dan David Beckham bukan adik-beradik?


7. Tahukah anda bahawa Spain yang kalah itu hari dengan Switzerland berada pada ranking no.1 dunia sedangkan Switzerland pada ranking no.24?

Ini bendera Spain...bukan bendera Selangor


8. Tahukah anda bahawa Ferrari dan Lamboghini boleh dipotong oleh Kancil semasa melalui bonggol?


9. Tahukah anda katalog Avon sering disalahgunakan semasa di asrama?

Ini katalog Avon...haip! jangan tengok lama-lama...


10. Tahukah anda kereta sebenarnya ada 5 tayar?


11. Tahukah anda bahawa kereta VW Golf GTi tidak pandai bermain golf?


12. Tahukah anda penulis blog ini sebenarnya genius?


13. Tahukah anda penulis blog ini yakin anda tidak setuju kenyataan diatas.


14. Tahukah anda akan ada sesetengah pembaca yang pura-pura setuju kenyataan no.12 bagi menafikan kenyataan no.13


15. Tahukah anda sedang membazir masa?


16. Tahukah anda masih membaca walaupun tahu membazir masa?


17. Tahukah anda bahawa tatkala anda sedang membaca fakta-fakta ini,ada manusia sedang ditimpa kesusahan.Mungkin ada yang sedang kelaparan.Mungkin ada yang sedang menghadapi kematian.Mungkin ada yang sedang berjuang demi menegakkan agama.Mungkin ada yang sedang khusyuk qiamulail memohon diampunkan dosa-dosa.


Jadi anda tahukan apa nak buat?

Thursday, June 17, 2010

Piala Dunia 3010

Share


Zainal baru habis solat Isyak.Terus dia duduk depan tv lepas doa lebih kurang mintak murah rezeki.Malam nie Spain lawan Switzerland.Team all-stars lawan team underdog tue,memang sah-sah Spain tapau Switzerland kalau ikut statistik.

Teet! Dipicit remote tv nya.

Terus keluar imej hologram suasana dekat padang.Tahun nie Piala Dunia buat dekat Kutub Utara.Sejak pemanasan global nie makin ramai yang pindah sana buat rumah.

Teet! Dipicitnya lagi remote tv.Select view.Zainal terus klik dekat perkataan 'Widescreen'.

Tahun nie Spain pakai robot dari Samsung.Dengar cite robot Samsung nie memang laju tapi skill kurang.Setakat bawak bola dua tiga meter dah kena tackle.Switzerland pulak pakai robot Honda.Lagi tak boleh harap robot Honda nie.Upgrade sikit-sikit jer dari versi first Asimo dulu.

Pemain simpanan macam Pele,Mokhtar Dahari semua dah simpan jadi reserve.Sejak teknologi pengklonan diperluaskan,makin ramai lagenda yang dihidupkan kembali.Susah betul.DNA ambik dekat Malaysia pastu tukar warganegara.Mentang-mentang Malaysia takde lagi teknologi pengklonan yang betul-betul mantap.Setakat klon kan pokok getah dengan pokok durian boleh la.Sambil menoreh boleh makan durian.

Preet!!! Wisel ditiup.Permainan bermula.Kelihatan robot Spain pantas membawa bola menuju ke gawang gol Switzerland lalu terus merembat kencang tapi ditepis oleh gol keeper Switzerland.

Pang!! bengkok tiang gol Switzerland.Terus permainan dihentikan sebentar.

"Abang meh makan!" tiba-tiba imej hologram bini Zainal keluar menganggu konsentrasi beliau.

"Ha! hari nie makan pil perisa apa?" tanya Zainal sedikit meradang

"Hari nie pil perisa asam pedas dengan kuah lemak" jawab bini dia.

Teet! terus dimatikan hologram bininya.Sambung balik menonton perlawanan bola yang dihentikan tadi.

"Eh bila Switzerland score nie?" pelik Zainal padahal baru beberapa saat bini dia kacau.Terus ditekan butang replay sebab nak tengok balik gol tadi.

......................................................................................................

Permainan terus berlalu dengan Spain ketinggalan satu gol.Bertubi-tubi asakan Spain cuba membolosi gawang Switzerland namun defend Switzerland memang kental.Semua hantaran dan cubaan dimatikan dengan mudah.

Masa tinggal lagi 5 minit.Spain semakin cemas.Malu wei kalau kalah dengan team underdog.Lalu kedua-dua robot penyerang Spain ditukar dengan Pele dan Mokhtar Dahari.

Ini la pertama kali dalam sejarah Spain menurunkan pemain manusia sejak sedekad lalu.

Bila pemain manusia diturunkan,banyak cubaan menarik dilakukan oleh Pele dan Mokhtar Dahari.Mereka berdua nie takde terikat dengan programming macam robot-robot tue jadi pergerakan dan hantaran mereka memang unpredictable.

Pele membawa bola dari tengah.Lalu di passing ke Mokhtar Dahari.Segera dirembat oleh Mokhtar Dahari berdesup peginya.Keeper mulai terbang.Zainal juga terdiam.Nafasnya terhenti seketika.









Paaap!! Tiba-tiba gelap.

"Abang...tenaga solar rumah kita dah habis!" jerit bininya dari dapur.

Wednesday, June 16, 2010

Merajuk!

Share

Orang kata merajuk nie dah macam pemanis hubungan.Kalau ada merajuk,mestilah ada pujuk.Bila dah pujuk,mula la sejuk.Ok cukup!

Sinonimnya perkataan merajuk ini sering dikaitkan dengan jantina perempuan.Hati yang lembut dan sensitif mudah tersentuh.Kalau yang dah berpunya,mungkin ada si pemujuk tapi bagi yang keseorangan,pastinya rasa sunyi tatkala merajuk.Itu yang kadang-kadang cakap dengan kucing,bantal takpun dinding.Eh dinding?

Kadang-kadang sebagai lelaki memang susah nak meramalkan hati wanita.Lagi-lagi kalau tengah bulan.Tiba-tiba merajuk.Tak bagitahu dah balik rumah pun merajuk.Tak tunggu nak main badminton tapi pergi dengan kawan-kawan pun merajuk.Makan nasi dekat rumah tak ajak pun nak merajuk.

Mujurlah wanita ini kebanyakannya ego rendah jadi dengan hanya menghantar mesej "ololo,taknak la majuk nanti saya cari awek lain" pun boleh memujuk.




Tiit...Tiitt...Bunyi mesej masuk...dari Khai...

"Apsal kau tak balas mesej aku?Camni la kau"





Susah juga kalau lelaki pun nak merajuk kan!

Sunday, June 13, 2010

Peranan seorang abang.

Share

Bila baca blog Naqqib cerita pasal adik dia,buat aku pun terasa nak menulis pasal peranan aku sebagai seorang abang.

Peranan aku sebagai seorang abang...













Ok takde! Bye.

Saturday, June 12, 2010

Blog ini menyokong Italy sepenuhnya dalam kempen Piala Dunia 2010

Share

Demam Piala Dunia sudah bermula!

Ok tipu takdela sampai demam...

Bila orang lain sibuk tengok bola sambil emosi terlebih mengalahkan jurulatih,aku boleh pulak join sekaki tapi berangan camne kalau Malaysia yang masuk World Cup.

Kalau rajin tengok tv mesti perasan kan ada iklan Maxis yang ada Hassan Sani,Santokh Singh,Soh Chin Aun dan James Wong.Ini semua legend bola dekat Malaysia dulu nie.Mokhtar Dahari toksah cite la,memang genius 100 tahun.



Kalau dulu Malaysia punya friendly tak main la Indonesia,Vietnam nie.Dulu-dulu layan Korea,Argentina.

Tapi itu dulu la...

Bila fikir balik,negara yang dulunya kita tapau boleh sampai World Cup kenapa sekarang kita nak menang lawan Vietnam pun terkincit?

Walaubagaimanapun bangga sedikit ada jugak penglibatan Malaysia walaupun secara individu.Tahniah Subkhidin!

Jadi aku nak ajak korang sama-sama imagine dengan aku.Cuba kau orang bayangkan Malaysia masuk World Cup.

Aku yakin kedai mamak sentiasa penuh kalau ada game Malaysia main.Kedai yang tak mamak pun boleh bukak 24 jam dan beli skrin besar kasi puas tengok.

Pihak Astro pun takde la nak ambik Messi berlakon iklan.

Cuba wei...cuba bayangkan kalau Malaysia yang masuk World Cup.Dia punya feeling mesti lain nak sokong.Mesti rasa macam sedang tunggu result keluar.Berdebar semacam.

Tambah feeling bila tengok Malaysia score masa lawan German ker.Fuh! mau bergegar kedai mamak.

Takyah sampai final pun,dapat lepas peringkat kumpulan pun jadi la.

Tak tahu nak cakap wei.Seronok sangat hati bila negara tercinta mempamerkan permainan bertaraf dunia.

Dah la berangan jer baik tengok Perancis lawan Uruguay pasni








"Mereka menjadikan bola sepak sebagai satu cara melepaskan diri dari kemiskinan hidup.Mereka percaya bola sepak akan mengubah nasib mereka.Mereka bukan bermain bola sepak,tapi mereka menjadikan bola sepak sebagai nyawa mereka"

Tuesday, June 8, 2010

Rahsia budak aneh itu.

Share

Dalam banyak-banyak budak dekat pusat tuisyen aku mengajar nie ada sorang nie memang aneh sedikit.Kalau bebudak lain sibuk bising kacau orang sana-sini tapi dia diam saja.Kalau aku tanya pun dia jawab angguk atau geleng.Soalan-soalan subjektif memang dia tolak tepi.

Budaknya pompuan dan comel.Boleh bayangkan iras-iras adik Amani dalam cite Adamaya tue sikit lebih kurang cuma budak nie lagi kurus.

Bila aku tanya dah buat pembetulan,dia geleng.Aku tanya dah buat class work dia angguk.Aku tanya ada akak ker tak,dia diam.Cis!

Sehinggalah pada suatu hari...

Kebetulan hari itu tempat dia duduk terletak pada sudut 90 darjah pada dinding dan kiri kanannya dihalang oleh meja.Di tempat tuisyen kami,meja disusun secara memanjang jadi kalau budak aneh nie nak keluar dia memang kena lalu belakang aku sebab aku duduk belah luar.Aku pulak jenis duduk style nak bersandar jer,jadi ruang laluan memang tertutup.

Budak aneh nie nak pergi tandas tapi sebab aku dah block laluan jadinya dia terpaksa la membuka mulut jugak.

Akhirnya rahsia selama hari ini terbongkar...





Gigi dia ronggak belah depan.





Ololo comelnya kecik-kecik dah pandai malu.





Padahal aku masa baya-baya budak tue rilek jer lari-lari bogel keliling rumah...keh keh...



Amacam kalau akak dia camni?


Sunday, June 6, 2010

Wanita memang kurang 'sense of direction'?

Share

Hari ini aku bangun awal dari kebiasaan pada cuti hujung minggu disebabkan kekasih hati nak datang rumah pinjam GPS.Alasan diberikan takut sesat nak ke PWTC.Aku pun layankan jer baik bagi pinjam GPS dari kena temankan beliau.Bertuah kekasih hati dapat boyfriend macam aku kan?Keh...Keh...

Lepas bagi pinjam GPS terus pecut ke tingkat atas lalu melompat atas katil supaya mak aku tak sedar yang aku dah bangun tido nanti dia suruh basuh karpet.Mak aku pun bertuah jugak dapat anak macam aku kan?

Sambil golek-golek atas katil membawa ke lantai (terjatuh) otak aku sibuk flashback kisah-kisah kawan perempuan aku dan kesesatan mereka.

Ada sorang kawan aku tinggal di JB,nama sebenar malas nak reveal nanti buka aib memang sense of direction dia sangat teruk.Boleh bayang tak kalau dia silap jalan depan rumah sendiri?Nasib baik dia takde blog kecuali blog Friendster kalau tak memang aku dah link ke blog dia kasi naik traffik sampai jem.

Ini gambar dia tapi aku dah censored.Hahaha.

Dan paling terbaru bila ada sorang lagi kawan aku juga berjantina wanita yang sense of direction dia boleh tahan juga teruknya.Boleh bayang tak kalau nak pergi One Utama boleh sampai Klang?Mungkin ada yang takleh bayang jadi mari kita sama-sama saksikan Wikimapia ini untuk mereka yang rendah pengetahuan Geografinya.

Susah payah aku edit peta nie nak bagi korang faham!

Kalau ikut ceritanya,beliau dari Midvalley tapi sebab kepadatan manusia dah macam tengok konsert maka plan B harus dirancang.Maka kawannya yang setia mencadangkan destinasi One Utama sebagai alternatif tapi cadangan tanpa pengetahuan memang umpama ahli politik tanpa wang.Takde wang bagaimana nak berkempen?

Orang kata,"malu bertanya sesat jalan".Hambik kau sesat sampai Klang!

Dah la jangan kutuk dia lebih-lebih nanti dia merajuk tinggalkan pisau bedah dalam perut aku.

Sebenarnya banyak lagi cerita wanita dan kesesatan mereka buat aku hairan mereka nie takleh baca signboard ker waktu memandu?

Wanita tidak boleh multitask?




Ya! TIDAK BOLEH MULTITASK!








p/s:Eh jangan serius sangat pasal benda nie,comel apa sesat-sesat pastu cover "Eh aku memang nak pergi sini" sambil buat rupa comel pelakon Korea



Saturday, June 5, 2010

30 sebab kenapa filem Lagenda Budak Setan tak best langsung!

Share


Bila orang kata filem Melayu sampah aku jadi marah.Tambah marah bila ada yang cakap takkan tengok cite Melayu dekat wayang macam lupa diri padahal dalam i.c nama Tuminah Binti Sidek bukan Miley Cyrus.Tapi cerita ini sumpah sampah buat rugi jer aku excited nak tengok.Disebabkan sampah jadi malas nak review tapi bagi 30 sebab kenapa filem Lagenda Budak Setan tak best!




1.Watak Kasyah sebagai budak setan tak nampak jahat pun macam setan.Setakat rambut dreadlock pakai anting-anting magnet pastu usik-usik orang sana-sini baik bagi member aku Ijat berlakon lagi berkesan mesti korang panggil dia bapak setan.

2.Apa bangang benau si Lisa Surihani pegi tinggalkan air tin dia dekat meja macam tue jer.Kalau aku jadi Farid Kamil mesti aku dah bubuh dadah rogol dalam air tin baru la setan.Eh setannya aku.

3.Masa si Farid Kamil nak masukkan cicak dalam air tin tue pun sikit punya payah tapi si Lisa senang jer telan sampai tercekik padahal lubang air tin tue bukan luas sangat pun.

4.Senang betul nak ngorat orang cantik macam si Lisa hanya perlu bubuh cicak pastu minta maaf dah boleh tekel padahal dalam realiti kalau setakat harapkan duit PTPTN jangan harap ada awek hot senang-senang nak jatuh hati dekat kau.

5.Si Farid Kamil nie katanya ketua anti-perempuan tapi tak nampak anti pun.Mungkin dia patut highlightkan yang ketua anti-perempuan buruk baru tepat.

6.Lakonan Nubhan sampah dengan ketawa yang dibuat-buat berapa la kau orang kena bayar agaknya?

7.Dari babak ke babak macam takde keserasian.Macam tergantung.Kejap kau tengok Lisa marah-marah suruh pegi minta maaf alih-alih dah berpeluk atas court.

8.Alasan Farid Kamil anti perempuan tak boleh blah langsung.

9.Masa babak Lisa bagitahu dia dah terlanjur,muka si Farid Kamil takde emosi langsung.Sekurang-kurangnya kau terkejut la takpun buat rupa sedih sikit gila kau pompuan tue dah pernah romen kot bukannya dia cakap pernah main netball ker kau nak buat muka takde perasaan.

10.Bila si Azmi datang bagitahu mak Lisa Surihani sakit aku jadi hairan.Ini mak siapa sebenarnya?Bodo apa mak si Lisa takde handphone nak bagitahu anak sendiri.

11.Masa mak si Lisa dah nazak,kau orang boleh tengok dekat telinga dia masih ada anting-anting macam nak pegi dinner lepas tue walhal si Lisa tak pakai anting-anting pun buat aku hairan siapa yang dah nazak sebenarnya?

12.Lakonan Que Haidar macam berlakon teater dengan suara penuh emosi macam kau terencat akal tapi aku tabik sebab kau sampai hati pukul Lisa sedangkan kalau aku nak jentik pun fikir 10 kali.

13.Motif ambik gambar dekat-dekat sampai nampak jerawat dan jeragat buat cerita tue jadi sempit dan tak best.Apsal kau nak ambik gambar close-up sedangkan aku rasa background kau cantik kot.Mungkin kau nak ambik gambar muka emosi pelakon tapi kau silap sebab pelakon kau macam kayu.

14.Farid Kamil pergi ke kampung pedalaman untuk buat research macam pergi oversea jer takleh balik rumah sampai setahun.

15.Masa babak Lisa tengah belek majalah pastu si Que balik kerja,salah satu jawapan Lisa benci dekat Que sebab Que berkasar dengan dia walhal takde pun aku tengok si Que jentik dia sebelum nie.Lepas si Lisa jawab camtu baru kena penampar jepun sebijik.Dah macam cite Heroes pulak si Lisa nie boleh ramal-ramal nak kena pukul ker tak.

16.Bila dah kena pukul si Lisa nie terus larikan diri merajuk sebab majalah dia kena bakar dengan Que macam la tak boleh beli lain kan?

17.Si Lisa lari dari rumah dengan menaiki Honda Jazz tapi bila babak dalam Honda Jazz tak pasal-pasal bunyi Honda Jazz jadi macam kereta sport buat aku musykil dia naik Jazz ker naik Integra?

18.Jalan sikit punya lengang pun boleh eksiden dengan kereta arah bertentangan.Pastu masuk semak boleh terbakar sedangkan logik akal kau senang-senang jer tangki minyak tue nak bocor kalau masuk semak?Eh camtu kalau parking tepi jalan pun bleh terbakar lagi-lagi dekat semak.Dan yang paling best dari mana pulak punca api kalau dalam semak waktu malam.Ok bersangka baik ada orang bakar hutan waktu itu juga.

19.Farid Kamil sikit punya cinta dan sayang dekat Lisa tapi bila balik dari buat research pegi jumpa member Lisa dulu.Logik ker?Eh kau tak pernah bercinta ker hapa?

20.Masa babak muka Lisa kena bungkus sebab terbakar pastu si Que merayu minta maaf patut jadi babak sedih tapi orang dalam panggung wayang gelak dek kerana suara Lisa.Patutnya bubuh la muzik sedih sikit ini tidak ada ker latar belakang pakai suara cengkerik memang la tak sedih.Basic kot benda-benda macam nie jangan sampai aku ajar nak masukkan lagu pakai Window Movie Maker.

21.Siapa entah pelakon baru yang berlakon watak Amy.Memang kayu habis aku ingat kalau ada teater kanak-kanak dia berlakon jadi tunggul boleh menang award.

22.Bila si Farid Kamil kata ada persamaan antara Amy (pelakon baru muka tunggul) dengan Ayu (Lisa Surihani) dia cakap pasal pakai perfume sama la,cara jalan sama la...walhal boleh pulak penonton bau perfume dia kan?Ok cara jalan pun tak sama.Yang sama cuma suara itupun sebab rakam kemudian.

23.Tiba-tiba (Ya! Tiba-tiba jer) ada babak mak si Lisa yang sebelum nie nazak macam nak mampus tiba-tiba sihat walafiat buat rancangan nak satukan Lisa dengan Azmi.Apsal la kau tak mampus jer orang tua oi.

24.Best betul dapat bos macam Fazura dah la cun pastu bila sakit siap tolong jagakan.Paling best siap boleh kencing atas katil jer dah macam lumpuh.Kan bagus kalau bos aku macam itu jugak.Ok! tak bagus! Bos aku lelaki.

25.Pernah tak kau di interview dekat restoren melainkan kau mohon kerja dekat restoren tue?Ok Farid Kamil pernah tau! Dia kena interview dengan Fazura dekat restoren.Bullshit!

26.Masa babak Lisa hilang ingatan,benda pertama mak dia tunjuk ialah benda apa ntah yang dibeli dekat Terengganu.Kenapa tak tunjuk gambar bapak si Lisa ker?Gambar family ker...gambar masa kecik ker?

27.Bila Lisa dah kahwin dan nak beranak,doktor yang menyambut kelahiran dia sumpah fuck bila bagi kata-kata semangat macam nak tengok bola.

28.Bila doktor bagitahu Farid Kamil yang bini dia mati,muka dia terkejut jer takde sedih pun.Ok lupa pulak emosi dia memang lambat.

29.Mana ada orang bawak baby pegi kubur.Tak elok la.

30.Pengarah dan penulis skrip dia aku agak mesti baca novel tue skip-skip jer sebab dari babak ke babak macam tergantung.Kejap part itu,kejap part ini.Baru nak layan feel tetiba dah tukar babak.







Kesimpulannya cerita ini memang sampah.Rugi duit aku baik buat beli novel baca sendiri dekat rumah.Boleh bayangkan Kasyah muka macam aku heroin muka macam Liyana Jasmay.

Apa yang penting...

Share

Sebulan yang lepas rambut aku dah semakin menebal dan mulai kerinting.Aku fikir nie kalau tak gunting dalam 2 bulan lagi mau jadi macam vokalis Alleycats.

Bayangkan gambar i.c kau macam nie...hoho...agak-agak dia crop tak?

Tapi sebab rupa aku comel la jugak nak banding dengan David Arumugam maka aku samakan dengan Hafiz AF7.Boleh gitu?

Rasa geli pulak cakap lelaki lain comel.

Mula-mula memang malas nak gunting rambut.Tapi bila kekasih hati bagi kata dua nak gunting ker nak putus maka aku gagahkan diri pergi gunting.

Hasil guntingan pertama memang sampah.Rambut aku jadi petak macam nak masuk tentera.Bila aku pandang rambut tukang gunting fesyennya memang sama sebijik jadi aku buat kesimpulan kalau nak gunting rambut,tengok dulu rambut tukang gunting.Ok ini petua dari Razi.

Bila member-member dah kutuk masa lepak jadi aku nekad nak kasi botak terus baru puas hati.

Malam itu juga lepas solat maghrib aku terus pegi kedai gunting."Kasi botak uncle,no.2 ek (merujuk kepada ketebalan rambut dari kulit kepala).

Maka botaklah aku...

Bila dah botak nie,masa bersiap dapat dikurangkan sehingga 25 minit.Takyah nak korek wax letak atas tapak tangan.Basahkan rambut dulu pastu sapu wax secara rata pada rambut.Pastu sikat tepi tapi tarik-tarik sikit dekat hujung rambut agar tak nampak terlalu skema macam Clark Kent.

Pastu pulak,bila dah botak nie automatik muka jadi ganas 25%.Kalau ada mamat pandang tak puas hati jer mesti tengok tempat lain bila aku jeling.Budak-budak dekat kelas tuisyen tue pulak mau menangis kalau aku tenung.

Cuma problem bila dah botak nie awek-awek pandang pun keji semacam jer.Ingat aku nak rogol dia ler tue.Perasan betul.

Tapi bila kekasih hati cakap "Sayang hensem kalau botak",ok yang lain boleh pegi mampus!

Cukuplah kalau hanya sidia yang memuji.Yang lain itu boleh tolak tepi kerana aku hanya mahu nampak hebat pada mata sidia.


Gambar dah edit kasi kecik lubang hidung.














p/s:Kekasih hati rabun.Oh adakah?

Thursday, June 3, 2010

Rumah lamaku berhantu?

Share

Bila dah lama tak update mula rasa malas nak update.Jadi harus selalu update agar rajin update.Boleh begitu?

Dua minggu yang lepas aku dalam proses pemindahan rumah jadi banyak kerja yang perlu disiapkan dan dikemaskan.Tambahan pula perlu adanya kerjasama dari pihak Astro dan TM bagi memastikan hiburan aku tidak putus dirumah jadi memang lambat lagi-lagi TM sampai sekarang tak pasang line telefon lagi maka takde internet.Camne aku nak update blog?Boleh aku saman TM sebab kasi aku rugi duit Nuffnang orang tak klik?

Jadi rumah baru ini memang lagi besar dari rumah lama itu maka adik-adik aku semua dah kira-kira berapa kilo boleh kurang sebab jalan-jalan dari bilik ke dapur.Kucing aku pun dah kurus sekarang sebab rindu awek dia (kucing betina) dekat rumah lama.Nasib baik kucing aku dah dimandulkan kalau tak mesti dia sangap sanggup suruh aku bukak Animal Planet nak tengok kucing betina.

Tapi banyak lagi tak lengkap sebenarnya macam rumput tak tanam lagi,frame gambar tak gantung lagi,meja belajar tak pasang lagi dan tingkat 3 tak berhantu lagi.Eh sebut pasal hantu teringat cite mamat indon yang buat makmal komputer sebelah rumah aku cakap nampak budak-budak kecik main atas bumbung rumah lama tue.Berhantu rupanya tapi sepanjang aku duduk takde pun kena kacau.Maka aku bersangka buruk perangai aku kalah setan jadi buat apa usik kawan sendiri.

Dah la.Tulis panjang-panjang pun yang baca aku sendiri juga pastu gelak sorang-sorang.Dah macam syok sendiri pulak kata Habib.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP