Thursday, December 2, 2010

Jom kita pergi KLIMS 2010!

Share


Kali terakhir aku pergi KLIMS ialah 2003 waktu itu aku baru habis SPM.Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu KLIMS dan ingat ia adalah sejenis teknik menjahit baju maka dukacita dimaklumkan anda bangang.

KLIMS atau nama penuhnya ialah Kuala Lumpur International Motor Show akan diadakan pada 3 hingga 12 Disember 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra.

KLIMS 2010 akan menampilkan nama-nama besar dalam industri pemotoran seperti Ferrari,Chevrolet,Toyota,Proton,Perodua...eh perlu ke aku sebutkan semua?

Pameran ini akan menampilkan model kereta prototaip,model kereta baru dan model kereta rare.Tapi yang paling penting mestilah model-model berpakaian seksi disebelah kereta itu memang tujuan utama nak pergi.Masa pergi KLIMS 2003 dulu boleh pulak bateri habis bila nak bergambar dengan awek-awek tepi kereta.

Selain itu juga bagi sesiapa yang meminati superhero ada masalah insomnia yakni Batman bolehlah datang sebab ada kereta BatMobile turut dipamerkan.Tak ketinggalan juga Bumblebee dalam saiz sebenar!


Aku ambik gambar nie nak mintak kebenaran siapa nie baik mengaku?

Kalau itu semua masih tak dapat menarik minat korang untuk datang yang ini mungkin boleh buat korang ubah fikiran.Ada cabutan bertuah boleh menang Toyota Prius! Lepas ini tak perlu risau RON97 naik harga pasal boleh caj bateri dekat rumah saja macam caj laptop.

Ok sekarang dah rasa teruja nak klimaks?Jadi jom kita pergi Jumaat ini.Yang lelaki jangan mengada nak bagi alasan uzur takmo solat Jumaat try buat kalau nak rasa bahang api neraka.

Kemungkinan besar aku akan pergi hari Selasa 7hb jadi bagi mana-mana awek yang takde teman tapi nak pergi bolehlah join abang Razi kita pergi sama-sama nak?



Ok tak jadi kekasih hati nak ikut.


Nak tahu lebih lanjut boleh masuk website dia KLIMS 2010


2 comments:

Ervina Razali December 2, 2010 at 12:09 AM  

nk ikut bang~

ain alias December 2, 2010 at 12:34 AM  

menarik-menarik.
nak ikut gak.haha.
tapi 8hb ade paper.
jadi takleh ikut.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP