Monday, May 3, 2010

Iron Man 2 : Review

Share

Bodo apa 7 Mei baru tayang?

Pertama sekali aku nak mintak maaf pada Khai jika kau rasa tertipu bilamana aku tengok Iron Man 2 tak ajak kau.Kepada kekasih hati pula, saya sanggup tengok lagi sekali dengan awak walaupun mungkin saya akan tidur di pertengahan cerita demi membuktikan cinta saya pada awak.Hok Hok.

Macam biasa,aku nak review sikit kasi kau orang teruja dan ghairah.Jangan buang bayi sudah!


Sinopsis:


Tony Stark telah mendedahkan identiti beliau sebagai Iron Man dan Keluang Man (yang ini sebelum dia jadi Iron Man) seperti yang kau orang lihat masa babak terakhir Iron Man 1 dulu.

Disebabkan itu,Kerajaan Amerika meminta beliau menyerahkan sut Iron Man kerana didapati mengancam keselamatan negara.Sut Keluang Man takpe boleh simpan.Tapi Tony Stark kata, "Lu orang apahal nak mintak sut gua? Sut itu gua,Gua itu sut.Kami bersatu.Ini boleh gua panggil perhambaan atau pelacuran disesetengah negara".Begitu la lebih kurang ayatnya setelah diterjemah kedalam bahasa Mat Rempit.

Dalam masa yang sama,Ivan Danko,anak kepada rakan kongsi bapak Tony Stark yang ada blueprint arka reaktor dan koleksi cite blue Maria Ozawa telah mereka satu lagi teknologi yang sama seperti terdapat pada Iron Man.Dia nak balas dendam dekat Tony Stark sebab dia kata family Stark telah menghancurkan hidup beliau sekeluarga padahal itukan qada' dan qadar Tuhan.

Teknologi Arka Reaktor yang menyelamatkan nyawanya juga didapati meracuni badannya secara perlahan dan Tony Stark perlu mencari unsur lain untuk palladium arka reaktornya.

Salah satu pesaing kepada Stark Industries,Hammer Industries yang diterajui Justin Hammer bukan Justin Bieber (jadahnya mamat jambu suara tak pecah belum akil baligh lagi) telah bekerjasama dengan Ivan Danko dalam memusnahkan Iron Man sekaligus memperolehi teknologi yang jauh lebih moden.

Persoalannya,dapatkah Iron Man mengembalikan kepercayaan rakyat Amerika?Dapatkah beliau menyelesaikan masalah keracunan palladium arka reaktornya?Mungkinkah juga beliau akan terbunuh hasil pertembungan dengan Ivan Danko?

Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda!


Review:


Biasanya orang kata kalau siri sequel ini mesti tak best berbanding yang asal tapi untuk Iron Man 2 ini kau orang silap!

Jalan ceritanya dikembangkan dengan baik.Konflik diambang kematian,krisis umur pertengahan,dendam keluarga,persaingan syarikat dan korupsi kuasa besar semuanya diterjemahkan dengan baik dalam sebuah filem superhero sepanjang dua jam ini.

Watak-watak juga dilakonkan dengan baik cuma untuk watak Ivan Danko lakonan Mickey Rourke agak longgar kerana beliau digambarkan seolah-olah ada kuasa lain selain arka reaktor ciptaannya sendiri.

Pemilihan muzik juga bagus.Muzik permulaan menggunakan lagu dari kumpulan ACDC.

Dalam masa dua jam itu juga kau orang mungkin akan berkhayal bagaimana teknologi komputer masa depan yang digambarkan melalui rumah Tony Stark.

Unsur lawak disampaikan secara sinis jadi mungkin kau orang tak faham kalau tak mengikuti perkembangan semasa.

Tapi benda paling best aku rasa dalam cerita ini ialah watak Tony Stark yang bersahaja.Selamba jer pecahkan rumah dia sebab nak masukkan pemecut partikel nak buat arka reaktor baru.Opss!

So secara keseluruhannya cerita ini memang menarik dan wajib ditonton bagi pengemar filem.Kalau yang tak gemar filem pun boleh tonton apa salahnya tapi bawak la awek boleh buat 'filem' sendiri.


Macam sedutan cite Jidin la pulak.


Mentang-mentang kaya selamba jer pecahkan rumah.


Ini kalau rendahkan lagi zip baju dia cara jugak!


Khai mesti suka tengok nie badan tough-tough.Hok Hok.


8 comments:

kakachan May 4, 2010 at 1:26 AM  

tetap xmau tengok. hehe
iron man 1 tak tgk lagi.
leh paham ke kalu x tgk yg 1 nye

WeSellButtonBadge May 4, 2010 at 1:48 AM  

ish2..justin bieber tu bkn ko minat ke sial..hahaha

ceksumolek's May 4, 2010 at 10:04 AM  

dah baca riview xyah la tgk kat panggung lagi.. :P

yusuf mujahidin ™ May 4, 2010 at 12:17 PM  

seb bek ko review...aku tertdo dlm wayg tu...haha

Ervina Razali May 4, 2010 at 8:40 PM  

tamo g ngn syg..
nk g ngn khai,khai nk blnje...

Unknown May 4, 2010 at 9:02 PM  

Ok ina.. jom kite g..
x trasa pun dh biase ngan prangai ko...
tua kut..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 6, 2010 at 7:09 AM  

Kaka:Hurm boleh jer tapi lepas habis kena tengok yang no.1 balik la.Ala,Star Wars boleh jer faham.

Apek:Hekeleh,apa barang layan Justin Bieber.Wakakaka.

Aisumi:Eleh Sumi msti tengok punya.Kaki wayang la katakan.

Yusuf:Ceit,kau memang kuat tido.Hahaha

Ervina:Pergi la.

Khai:Hahaha...nak yang muda jer.Perangai mcm hapa.

fndrocka May 12, 2010 at 12:56 AM  

bagus review kau..kasi aku lebih ber-adrenalin utk pi tgk wayg

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP