Friday, April 23, 2010

Pengalaman Razi bertembung dengan pembuli jalanraya ataupun dikenali sebagai 'road bully'

Share

Aku macam dah malas nak bukak blog nie.Dah takde mood.Apatah lagi nak bukak blog korang dan tinggalkan komen.Memang kadang-kadang apa yang kau orang tulis itu menarik perhatian aku tapi itu la.Kang kalau salah gurau ada orang marah,ada yang emo.Kecoh ar.Takleh gurau pegi surau la wei.Yang tiba-tiba carik pasal pun ada gak suka nak tarik perhatian sebab sedar diri tak cun.Siapa terasa better tanya dekat aku sendiri takut nanti miss target pulak.

Ok.Tutup cite tak best.

Nie nak cite pasal pembuli jalanan.Pembuli jalanan ialah mereka yang membuli di jalanraya.Biasanya lelaki keturunan India,Cina dan juga Melayu lingkungan umur 20-30an dan biasanya memandu Wira.Jarang sekali aku tengok road bully pakai Viva.Keh...Keh...

Ceritanya bermula begini...

Diketerikan mentari tengahari,aku memandu pulang dari UiTM ke rumah untuk makan tengahari sebab kawan rapat tak dapat temankan gara-gara gadis.Oh ini memang biasa,lupa kawan sebab gadis.Nanti dah kecewa baru cari kawan.Hohoho.(Puyat,sila terasa!)

Taraf pemodenan bandar Klang semakin meningkat.Salah satu ciri bandar moden ialah trafik sesak jadi kata mudahnya ialah jalan jem.

Masa itu line belah kiri agak jem berbanding kanan dan aku berada di line kanan.Tiba-tiba ada sibodoh keluar mengejut ke line aku.Maka haruslah aku mengelak ke line lebih kanan takkan aku nak langkah kereta dia pulak kan?

Oh sebelum aku tukar lorong mengejut itu aku dah tengok side mirror yang memang ada kereta sedang menuju ke line lebih kanan itu tapi berdasarkan kiraan kalkulus dan sudut teorem pitagoras memang takkan eksiden cuma pemandu mungkin mengalami kejutan.

Aku pun tukar demi menyelamatkan diri.Dan sama macam kiraan aku,bunyi hon pun berkumandang.Takpela,aku yang salah maka merelakan diri kena hon.

Tak lama lepas itu,kereta tadi tiba-tiba memecut lalu masuk betul-betul depan aku.Nasib baik tak berlanggar.Ok fine kau nak balas dendam so sabar jerla.

Lepas itu aku perasan dia asyik main brek mengejut.Eh apakebabi kau nie bawak kereta ker bawak babi?Aku dah mula rasa tak syok dan sabar mulai hilang tinggal Sabariah.

Lepas tue bila naik jambatan,ada dua line,aku line kanan dan dia line kiri.Macam biasa,line kanan kan laju sikit maka aku pun laju la.Waktu itu dia dah terkehadapan berbanding aku.Pastu bila aku lalu sebelah dia,dia himpit kereta aku.Eh,cilaka sungguh pemandu Wira ini.Nasib baik aku bawak Neo kalau aku bawak Storm memang aku himpit balik sampai kau masuk Sungai Klang.

Drop gear terus tekan pedal minyak.Malas nak layan pembuli jalanan.





Moral:Kalau bertembung dengan orang begini,jangan layan sebab ada kes bunuh hanya gara-gara kereta gesel-gesel.Kalau diekori,segera kunjungi Balai Polis berdekatan.Kalau tak jumpa Balai Polis,boleh berhenti dekat mana-mana yang ada ramai orang.


Ok ini bukan gambar pembuli jalanan walaupun pakai Wira


19 comments:

jimah April 23, 2010 at 2:27 AM  

huh.. lau nk slamat bawak jengkaut.. mane2 yg cam pembuli jalanan tu, kaut je, letak tepi.. btw, jln kat klang tu mmg.. lagi2 kat jalan masjid india tu.. mmg rase nk langgar sume kete yg parking tepi2 jln..

fndrocka April 23, 2010 at 2:54 AM  

gambar mcm gay

ain alias April 23, 2010 at 3:06 AM  

seb bek aku xpandai drive jadi tak kena buli..tapi aku buli driver yang bawak aku..haha

Unknown April 23, 2010 at 9:24 AM  

hahaha...cube ler klu bawa wira dekat sini...hahaha
pengguna jalan raya gelak sampai guling-guling...

Hanim Mahali April 23, 2010 at 10:57 AM  

neo n wira tu kan adik beradik... tu nk bermanja2 tu... ahaks... jgn mare... pe2 pn always be careful...
puyat tu saiful hidayat ke...??? teettt...

Anonymous April 23, 2010 at 11:55 AM  

hahahhha apekebabi laa road bully tu weh..haha

-C.Gad!s- April 23, 2010 at 1:45 PM  

husihhh..

incik..sye pon penah kena..

sy incik!!<-- angkat tangan baget nak ngadu..

hahaha...

tapi saye dia dok himpit2..pastu sorak ramai2..

scary kan?

z.a.r.a April 23, 2010 at 2:37 PM  

aduh...bhya tu...klau org pmpuan yg bwk msti dh panic...tkut2 klau pembuli jalanan tu buat lg drastik kn....isk2~

hati2 di jln raya ek~

WeSellButtonBadge April 23, 2010 at 4:27 PM  

haha..nice..kalo nak gado ko kan bnyk backup..24top..wakaka


gamba sape tue sial??

pinkiss April 23, 2010 at 6:15 PM  

eiii.takutla baca. mmg ada wujud manusia perangai camtu.

Ervina Razali April 23, 2010 at 7:34 PM  

tula...
sye benci pembuli jln rye..
kancil yg slow kt line kiri pn kne gak..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin April 24, 2010 at 1:11 AM  

Jimah:Hahaha.Jangan langgar.Nanti kene pukul dengan geng macha.

Fndrocka:Hahaha.Dia technician mse aku keje dkt Flextronics dulu.Muka macam road bully.

Ain:Kau buli Apek?Hokhok.Dia belum tunjuk perangai sebenar dia tue.Kalau tak mmg bertimbun-timbun dosa dgr dia mencarut.

Tengku Fir:Hoho.Kalau bawak Neo?

Hanim:Yerla.Hoho.Dah lama lupakan SMKA nie.

Suhada:Walaupun bukan babi yang bawak tapi perangai diaorang mmg mcm babi.Nak menyondol jer.

C.Gadis:Peh.Lagi ganas.Lenkali hati-hati ek.Kalau dah malam jangan drive sorang-sorang.

Sha:Tue la pemandu pompuan kena lebih hati-hati.Aku yang lelaki pun kena.

Apek:Itu gmbr technician test mse dkt Flex.Wakaka.Ada macam Thiru punya abang tak?

Pinkiss:Lagi teruk pun ada.Doa la semoga tak jadi apa-apa yang buruk

Ervina:Takpe nanti i ajar u cara nak drift guna Kancil.Kasi diorang respek u sikit.Ok?...HokHok

ceksumolek's April 24, 2010 at 10:21 AM  

huhuu~ memang mnyampah pemandu yg mcm tu kan razi?? aduyaii~ sumi lagi lah berapa kali kena.. sabau je lah..

Misshy Innz April 24, 2010 at 12:46 PM  

[Yang tiba-tiba carik pasal pun ada gak suka nak tarik perhatian sebab sedar diri tak cun]


sape zi ?

Mohd Fakhrurazi Jamaludin April 24, 2010 at 10:28 PM  

Sumi:Sian dia.Hok hok.Mungkin dia nak ngorat kot.Nanti kalau eksiden boleh mintak no. fon.Hok hok

Innz:Oh jangan risau.Bukan engkau.Kau takde cari pasal plus cun.Hok hok

Misshy Innz April 25, 2010 at 1:26 AM  

plus cun ?
ko nk kapkek eh zi ?
haha

Teacher Hafizah April 25, 2010 at 1:31 AM  

aku penah merasainya. aku mengelak apek tua yg bawak keta agak BESAQ kuar dari parking tepi jalan tiba2. so, aku dah ke kanan skit, kalkulus aku kat u lulus la! tapi sorg (or sekor) apek muda sebelah kanan hon gila vavi panjang macam aku dah langgar keta dia. Dah potong aku, pas traffic light pun nak hon lg. ingat dia sorg ada hon?

Mohd Fakhrurazi Jamaludin April 26, 2010 at 1:19 AM  

Innz:Hok Hok.Cupcake?Taknak la.Sayang wei nak makan sebab comel sangat

Iza Fiza:Tue la.Aku pun rse mamat tue seorang cina tapi aku malas nak pandang-pandang.Nanti dia ingat nak cari gaduh ker hapa plak.Malas nak panjang kan cerita.

oniechan November 27, 2010 at 11:20 PM  

a ah2..penah kena cmni gak.tp road bully tu amoicina.gila ganas.mcm mmg da pakat je.dhla mlm2.kitorg plak gadis2 je.nila.mmg nak masuk je lorong mana2,skali plak tersalah masuk lorong gelap plak.adess

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP