Sunday, February 28, 2010

Teori Razi berkenaan mimpi seram.

Share

Gambar ada kena mengena tang mayat dan beg plastik hitam jer.

Kalau pun tidak selalu,aku pasti korang mesti pernah mengalami mimpi yang mengerikan semasa tidur.Ceh!Ada plak mimpi masa tengah makan nasi.

Sekarang nie aku baru terjaga dari mimpi yang menakutkan.Tapi takpe,berkat mimpi yang menakutkan itu aku berjaya membuat dua hipotesis berdasarkan keadaan semasa dan sebelum aku tidur.

Pertama sekali biarlah kita selusuri mimpi menakutkan yang aku baru alami.

.......................................................................................................

Keadaannya seperti dirumah kampung.Aku pun tak tahu rumah siapa.

Tiba-tiba datang seorang pakcik bawak mayat dalam beg mayat kaler hitam tue macam bawak seguni kelapa.Eh kurang ajar la pakcik nie.

"Ko tolong aku jap.Nie ko pegi daftarkan mayat sipolan nie." bagitahu pakcik tue sebaik saja dia letakkan mayat tue atas lantai dan bukak beg tue nak tunjuk kat aku mayat siapa.

Gila kau tak cuak kalo ada orang datang rumah kau bawak mayat dalam beg.Bergegas aku pegi hospital untuk daftarkan kematian tersebut.

Lepas balik trus jumpa pakcik seram tue...

"Kau dah daftarkan?" tanya pakcik seram

"Dah...dah" jawab aku yang tengah seram

Lepas itu scene kamera mimpi terus menunjukkan suasana rumah mayat yang sejuk.

Kamera mimpi terus fokus kat satu peti mayat.Nombor tak ingat.Kalo tak dah boleh pegi tbeli hari nie.Menang 1st prize boleh sedekah kat rumah kebajikan anak yatim.

Tetiba peti mayat tue goncang-goncang.

Pintu peti mayat tue macam dah nak terbukak.Macam ada orang tendang-tendang dari dalam.

Dalam hati "Eh cilaka kau mayat nak bangun pulak"

Sebab seram sangat aku pun terus bangunkan diri dari tidur.

......................................................................................................

Lepas bangun dari tidur tue aku perasan yang tangan aku terhimpit bawah bantal sebab aku tidur mengiring.Ikut sunnah gaya tidur tapi waktu tidur ikut gaya masakini.

Jadi untuk hipotesis pertama aku agak 'kita akan mimpi seram jika tangan kita jadi kebas.'

Seterusnya aku juga teringat yang sebelum tidur aku lapar.Niat nak bangun sarapan nasi lemak lauk sotong memang dah diterapkan dalam hati sebelum tidur.

Maka untuk hipotesis kedua pulak dapat aku simpulkan 'semakin lapar kau sebelum tidur maka semakin seramlah kau mimpi'.

Ok aku dah kenyang sekarang.Nak tido balik.Bye!


18 comments:

wimie February 28, 2010 at 12:19 PM  

cih!penat ak baca!igtkan ko dpt penemuan teori ape.hahaha

Anonymous February 28, 2010 at 12:20 PM  

teori ko tak boleh pakai!

ceksumolek's February 28, 2010 at 12:42 PM  

hahahaaa.. adeh.. sumi mmpi jugak.. kena lawan gaya pendekar.. pastu kena serang gajah pastu main air mcm kat taman tema.. lalala~ kalo rajin nnt sumi update kat blog.. :P

Ervina Razali February 28, 2010 at 12:50 PM  

tula..tula xbasuh kaki..
hahaha...

Misshy Innz February 28, 2010 at 12:57 PM  

hipotesis ditolak.
buat balik !

yusuf mujahidin ™ February 28, 2010 at 1:40 PM  

hipotesis ni kne test guna T Test dlu...haha

Rara February 28, 2010 at 2:02 PM  

lol..ingatkan betul2.huhu

Anonymous February 28, 2010 at 4:58 PM  

weh ape punye teori dan hypothesis ni?hak3 tak leh pkai=p

WeSellButtonBadge February 28, 2010 at 7:46 PM  

pengaruh buparahtree..bongok..tido x bace doa..

Firol February 28, 2010 at 8:35 PM  

hahahah habis semua kata teori tak leh pakai la tuan doktor

khalisyaa February 28, 2010 at 8:58 PM  

hipotesis ko tak menjadi kat aku pn razi...hehe..
tetiap mlm aku tido dlm keadaan lapo.tp jarang lak mimpi seram..huhu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin February 28, 2010 at 10:55 PM  

Wimie:Hahaha.Tak rugi kau baca.Sekurangnya kau dapat ilmu.Biarpun teori aku tak betul tapi idea itu ada.Hahaha

Ain:Cuba malam nie kau tido hempap kasi tangan kau kebas.Mimpi hantu ker tak.

Aisumi:Hahaha.Sumi nie macam Merantau Warrior pulak.

Ervina:Siap mandi lagi.Tak basuh kaki apanya.

Innz:Hurm kalo begitu aku sarankan 'semakin jauh kau dari tuhan,semakin dekat syaitan pada kau'.Ok?Hahaha

Yusuf:Hahaha.T-Test.

Emora:Huish,betul la nie.Kau ingat Darwin buat teori dia camne?Dia mimpi mimpi jer tau tak.Hahaha

Miss Fire Machine:Nie lagi sorang takmau percaya.Betul weh.Tak caya cuba kau buktikan.

Apek:Nie semua sebab pengaruh shisha kau.Kau merosakkan anak Melayu.Hakhak

Firol:Takpe.Mungkin generasi kemudian akan kaji balik apa yang aku cakap nie.Baik kau terapkan dekat murid kau sekarang.Hahaha

Khalisyaa:Jadi aku keluarkan hipotesis ke-3 berbunyi 'Kau tidak akan mimpi seram walaupun lapar jika kau mengantuk secukup rasa'.Hahaha.

WeSellButtonBadge March 1, 2010 at 2:24 AM  

ape kene mengena ngan shisha aku laknat..haha..bodo

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 1, 2010 at 7:40 AM  

Pengaruh shisha kau buat aku mimpi seram.Hahaha

fndrocka March 1, 2010 at 7:58 AM  

lagi satu...kalau tengah panas..memg mimpi mcm2..bangun-bangun je tengok letrik tadi...patutlah pun mimpi buruk.

Unknown March 1, 2010 at 9:41 AM  

aku rse ada benarnye r teori ko tu... teori pertama r... sbb mungkin itu salah satu alarm badan kite nk britahu kita tentang bahaya...

z.a.r.a March 3, 2010 at 2:04 AM  

perghh..agak seram jgak. Klau buat filem confem xde sape nk tgk sbb cuma mimpi je hahah :P


lain kali sblum tido kna bsuh kaki dlu barulah xdpt mimpi2 seram ni...tp nk lg afdal, bsuh kpla otak ko skali muahahha :p

khalisyaa March 7, 2010 at 12:52 PM  

patut jugak hipotesis ke 3 ko tu razi..
aku rse boleh diaplikasikan.
heh

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP