Monday, June 29, 2009

keGEMUKkan membunuh?

Share

Suatu masa dulu, sye ada seorang adik yang gemuk. Hahaha. (Mintak-mintak la ko tak baca benda nie Angah oi....kawan-kawan, sila doakan agar adik sye tidak baca benda ini yer...sekian terima kasih).

Ok...dulu adik aku merangkap adik aku yang nombor 2, juga merupakan anak perempuan mak dan bapak aku yang pertama adalah seorang yang gemuk.Serius...jap lagi aku letak gambar korang tengok sendiri ek.

Jadi aku selaku abang yang prihatin dengan berat badan adik-adiknya akan bermulut longkang dengan selalu ejek "Gemuk...Gemuk" (Sila bayangkan aku cakap tue macam Zombie Kampung Pisang....huhuhu)

Oleh kerana Indah Water mahupun Majlis Perbandaran Klang tak pernah bersihkan mulut longkang aku dan sistem salirannya, maka ejekan aku makin lama makin menjadi sehinggalah suatu hari...

Masa itu aku kat dapur.Pastu ada coklat lebih siapa punya entah dalam peti sejuk.Aku pun terus la makan jer coklat tue pasal takde tulis nama hak milik terpelihara.Rupa-rupanya adik aku yang punya...(perangai adik aku...suka simpan makanan dalam peti sejuk kengkonon nak makan waktu senggang tapi last-last hilang tanpa dapat dikesan...hmm...sampai sekarang adik aku musykil siapa yang makan).

...Apalagi...mengamuk la adik aku tue.Oleh sebab aku kan abang (sila buat mimik muka macam iklan Digi tersebut)...aku pun kutuk-kutuk la dia...






"Ko dah GEMUK!!...Tak yah makan coklat!!"

Pastu aku dengan lagaknya...terus bukak tv dan picit-picit remote mencari siaran.








Tiba-tiba...

adik aku datang bawak pisau sambil lari ke arah aku...

"Aku bunuh ko Long...aku bunuh ko..."

Perrghhh...nasib baik aku tak gemuk.Buat sommersault aku melompat berlari ke dalam bilik.Sumpah lepas hari tue aku tak kutuk dia gemuk lagi.

Dan sekarang dia dah kurus...

Jadi sekarang aku akan selalu kutuk adik bongsu aku pulak...supaya dia pun kurus. Korang doakan aku ek agar tak kena tikam masa dalam misi ini.





Gambar adik aku mse gemuk...aku jurukamera ya...belum kena tikam lagi masa nie...




Gambar sekarang.Aku tetap maintain...mahukan rahsia sye?


Saturday, June 27, 2009

Review : Transformers Revenge of The Fallen

Share


Aku baru saja lepas menonton Transformers:Revenge of The Fallen.

Secara jujurnya, aku rse episod kali ini lebih menarik dari episod yang sebelumnya.

Unsur humor, aksi dan sedih telah digarap dengan baik sekali.

Jadi disini aku ingin mengetengahkan beberapa perkara yang mungkin kelemahan atau mungkin juga memang dijadikan sedemikian.Kepada yang sudah menonton, sila cuba ingat kembali manakala bagi yang masih belum menonton, sila teliti perkara ini.

1.Babak pertarungan antara Optimus Prime dan Megatron. Babak ini kurang jelas dimana aku susah nak perasan yang mana kena cekik, yang mana kena pukul sebab robot-robotnya macam banyak sangat wayar jadi susah nak kenalpasti wayar tersebut milik siapa...ala...payah nak terangkan la...xpela...move on kepada yang nombor 2.

2.Mengapa setiap alat elektrik yang terkena percikan All-Spark akan jadi robot jahat?...Kenapa tak jadi robot baik?Huhuhu

3.Mengapa robot jahat yakni Decepticon lebih banyak dari Autobots dan kebanyakan robot jahat nie sangat besar dan cantik berbanding Autobots?

4.Kenapa hanya Amerika saja yang menghantar tentera sedangkan nak pegi perang kat Afghanistan pun mintak tolong dari Perancis, Britain dan lain-lain.Nie nak lawan robot yang lagi canggih dan lagi kuat pun pakai tentera Amerika jer?

5.Apsal babak Sam Witwicky lari dari kena tembak lagi banyak dari babak Optimus Prime lawan The Fallen?

6.Apsal Megan Fox hot sangat?...*drool*...hahaha...

Hahaha...pape pun...aku rse berbaloi la untuk menontonnya. Jadi jangan tunggu lagi...pegi bakar panggung wayang berhampiran anda jika masih belum menontonnya lagi.

Post tanpa tajuk yang pertama.

Share

Separuh hati ini berkata "Tak apa"

Sebahagian lagi pula mengata "Bagaimana?"

Dalam sedar atau tidak, rupanya hati aku dibahagi dua.

Satu yang positif, satu yang negatif.

Terpulang pada aku untuk mengambil yang mana.

Pastinya bukan yang ketiga.

Kerana aku manusia biasa.

Penuh dengan prasangka.

Namun aku tahu sesuatu.

Dia lebih mengetahui.

Yang mana lebih baik untuk ku.

Jadi lebih elok bagiku.

Serahkan padaNya.

Thursday, June 25, 2009

Bahanapi U.F.O?

Share

Sila jangan salah faham...ini bukan gambar sperma dengan ovum. Ini adalah gambar satu atom hidrogen dan satu atom anti-hidrogen. Sila rujuk balik Jadual Berkala.

Ok...soalan pertama...apakah bahan api yang digunakan untuk U.F.O?

Adakah mereka menggunakan Petrol Ron 97 atau bateri Energizer saiz AA?

Jawapannya...aku pun tidak tahu kerana tidak pernah memandu U.F.O apatah lagi singgah dimana-mana stesen minyak mahupun 7-Eleven untuk membeli 2 biji bateri.

Jadi mengapa tiba-tiba aku bangkitkan soalan yang tiada jawapan ini? Begini ceritanya, aku pernah menyaksikan suatu dokumentari yang dibuat tentang U.F.O, menceritakan bagaimana U.F.O berfungsi, apa yang ada di dalam U.F.O dan berbagai-bagai lagi tentang U.F.O.

Salah satunya ialah penggunaan bahanapi untuk U.F.O. Enjin U.F.O menggunakan 3.0 V6 9 silinder dengan tujahan lebih daripada 1000 hp...ok fine! aku bohong.

Mengikut kata-kata saintis yang mengkaji U.F.O tersebut...kuasa yang diperlukan oleh satu U.F.O untuk dioperasikan sangat tinggi dimana Shell dan Petronas boleh bangkrap kalo sponsor minyak kat sebijik U.F.O. Jadi mahkluk asing tersebut mencari altenatif lain dimana mereka menggunakan 'antimatter' sebagai bahanapi.Walaubagaimanapun...antimatter itu sendiri sangat mahal untuk dihasilkan, anggarannya lebih kurang 300 juta rupiah (wtf?) semiligram.

Jadi apa itu 'antimatter'?

Sila carik sendiri!

p/s: Sengaja aku tidak mahu menulis apa itu antimatter kerana hendak kamu mencari sendiri jika berminat.Jika tidak, sia-sialah saja penulisan copy-paste aku panjang-panjang.

Monday, June 22, 2009

Pengalamanku ditangkap basah...

Share

Ok...aku yakin ramai diantara kamu yang klik blog aku nie gara-gara tajuk diatas. Sila kamu semua kecewa sekarang.

Disebabkan hari bapa yang juga jatuh pada hari semalam punya kelmarin yakni ahad...maka dalam post kali ini ada juga bapa aku sebagai salah seorang watak dalam cerita ini.

Ceritanya bermula begini, pada suatu masa dahulu tinggal lah sepasang suami isteri yang mempunyai anak lelaki yang sungguh comel lagi mengiurkan ditambah dengan hidungnya yang besar umpama jambu air. Jika kamu semua fikir anak lelaki tersebut adalah aku, maka termasuk lah kamu dalam golongan yang bijak.

Disebutkan juga...anak lelaki pasangan terbabit gemar merayau dengan basikal 'Mountain Bike' nya. Merayaulah beliau dari satu kawasan perumahan...ke satu kawasan perumahan yang lain. Semuanya dilakukan atas dasar penjajahan yang menggunakan cogankata 3G, bukan Gold,Glory,Gospel tetapi Girl,Girl and Girl again.

Ditemani beliau ialah seorang rakannya yang gemuk dan selalu asma jadi rakannya tersebut selalu dapat nombor last kalo masuk pertandingan lari dalam guni. Berbalik kepada babak tadi...maka si anak lelaki yang sungguh comel,lagi mengiurkan tadi selalu la berbasikal bersama rakannya yang gemuk lagi asma itu (sape gemuk dan asma...sila jangan terasa).

Suatu hari, mereka bertemu sebuah oasis....ok fine!...bukan oasis tapi hanyalah bekas lombong...unsur hiperbola yang melampau.Disebabkan gila air pada masa itu, pantang nampak air bertakung sikit...mula la rasa nak bermandi-manda...maka si gemuk berpenyakit asma tadi mengajak la aku...eh kantoi plak...mengajak la si budak lelaki comel tadi untuk bermandi-manda.

Mereka berdua pun bermandi-manda umpama tiada esok lagi untuk mereka. Punya la seronok mereka bermandi-manda sehinggakan terlupa bahawa jam dah nak pukul 7 maka kena la balik kalo xnk kena sebat. Tapi mereka menghadapi masalah besar...yakni baju, seluar, boxer...eh dulu mana pakai boxer lagi...spender...semuanya telah basah lencun.Memang confirm kena sebat la kalo tahu dek bapak bebudak nie sebab mandi lombong.

Diorang pun balik la...better balik than xbalik...nanti lagi teruk kena sebat. So si gemuk tue pun smpi umah dulu...sebab rumah dye paling dekat...maka aku...eh...salah lagi...maka si budak lelaki comel tadi pun nampak la kawannya yang gemuk tue kena sebat dengan bapak dye. Maka bertambah takutlah si budak lelaki comel itu.

Kayuhan demi kayuhan menyebabkan jaraknya semakin dekat dengan rumahnya.Maka dengan itu makin bertambah kencang la juga debaran jantung si budak lelaki comel tadi. Tiba-tiba dye mendapat satu idea!

Si budak lelaki comel tadi usha line dulu...tengok makbapak dye ada x dekat laman rumah.Bila confirm line clear, dye pun usung basikal dye slow-slow masuk ke laman rumah...pastu ambk paip air...pura-pura basuh basikal...sambil tue dibasahkan sekali badannya.

Maka dengan itu selamatlah si budak lelaki comel tadi dari ditangkap basah oleh bapanya (nie jer watak bapa aku)...









Budak lelaki comel dengan basikalnya...(mesti ada hati-hati busuk akan tnya...smpi ker kaki tue...)









Pengajaran dari cerita ini ialah jangan mandi lombong kalo xreti berenang...serius aku reti berenang kalo ada pelampung...








p/s:Jom ramai-ramai tengok Transformers.Buat collection sorang seringgit untuk tampung duit tiket wayang aku.

Tuesday, June 16, 2009

Menaiki basikal di waktu petang...

Share

Lagu All-American Reject bertajuk Gives You Hell berkumandang dari handphone aku menandakan adanya SMS yang masuk.

"Xjadi lepak" ringkas sahaja SMS dari Habib.

Lalu aku agak buntu dalam memikirkan aktiviti untuk petang itu.Xkan nak mengadap komputer lagi.Dah naik menyampah dah tengok Facebook.Berbakul-bakul dah dosa aku kutuk gambar orang dan kuiz yang mereka buat.

Lantas disaat itu juga datanglah ilham kepada aku untuk pegi berjalan-jalan menaiki basikal.Tanpa melengahkan masa lagi...aku pun berbasikal la disekitar kawasan rumah Habib dan yang sewaktu dengannya sambil mengimbau kembali kenangan silam sewaktu zaman persekolahan.

Basikal yang digunakan dalam ekspedisi ini.


Ada suatu hari tue...aku tertinggal bas sekolah.Maka terpaksa lah balik rumah jalan kaki.Dah la jauh.Ini la salah satu jalan yang aku lalui.Aku ingat smpi sekarang sebab kat jalan nie jugak la aku kne kejar anjing...cilakak punya anjing.


Dulu kalo lpas balik sekolah agama...aku mesti singgah kedai runcit nie sebab nak main mesin yang ble kita masuk duit...nanti dye keluar kapsul...dalam kapsul tue ada hadiah...nak dapatkan hadiah Tamagochi...mse tue tengah gila main Tamagochi.Tapi sekarang kedai runcit tue dah xde...dah ganti kedai dobi.


Nie la sekolah agama aku dari darjah 1 smpi darjah 6.Sebab tue aku beriman,beramal soleh,bertakwa.Segalanya telah bermula daripada asas lagi.Ecewah!


Nie pulak sekolah kebangsaan aku dari darjah 1 sampai darjah 3.Gambar agak kabur sebab orang-orang sekeliling dah pandang 'slack' kat aku.Macam la aku boleh culik budak naik basikal.

Dan setelah penat mengayuh basikal sambil memerhatikan alam sekeliling, aku pun pulang la ke rumah untuk bersiap-siap ke masjid menunaikan solat maghrib (Ceh! pukul 8 baru mandi...pegi masjid apanya...)

Aku ada satu soalan...sejak bila haiwan pandai buang sampah pakai beg plastik?



Monday, June 15, 2009

Beberapa fakta tentang aku yang anda perlu tahu.

Share

Setiap orang ada perangai dan ragam mereka yang tersendiri.Ada yang kita boleh masuk, ada juga yang boleh kita buat musuh.Permasalahan hati dan perasaan ini terlalu rumit untuk aku huraikan kerana tiada formula-formula tertentu yang dapat diaplikasikan untuk mengetahui hati budi seseorang itu melainkan dengan menjadi rakan dan membuat aktiviti bersama.

Ada pepatah atau mungkin juga kata-kata orang tua yang lepak kedai kopi main dam haji dari pagi smpi petang...yang mana aku xpasti dari mana sumbernya...mengatakan...'Semakin rapat kita dengan seseorang itu,semakin mudah kita menyakiti hatinya'.Anda faham maksud kata-kata tersebut?...Jika anda tidak faham sila hantukkan kepala anda ke dinding sebanyak 10 kali kerana terlalu lembap untuk memahami ayat yang mudah tersebut.

Jadi...bagi memanjangkan post ini...juga kerana aku xde keje nak buat kat rumah nie selain basuh pinggan (boleh la undi SMS aku sebagai calon suami pilihan)...aku ingin selitkan beberapa fakta-fakta tentang aku yang mungkin anda tahu atau juga anda xtahu atau juga idea untuk nak mengorat aku (pastikan pendapatan anda mencecah 5 angka atau sekurang-kurangnya ada keta sport buatan Jepun).

Berikut adalah beberapa fakta tentang aku:

  1. Minuman kegemaran aku ialah Neslo ais kerana aku dapat 2 rasa iaitu Milo dan Nescafe dalam satu harga.
  2. Aku meminati muzik-muzik ganas yang hardcore tapi kadang-kadang aku layan gak dangdut dan Elton John.Bergantung kepada mood dan orientasi seks aku waktu itu.
  3. Aku suka pada kanak-kanak lebih-lebih lagi yang mempunyai kakak yang cun.
  4. Aku bukannya serius atau sombong...aku hanya xtahu nak gerakkan otot bagi mencipta senyuman.
  5. Aku selalu berpura-pura baik walhal aku memang baik jauh disudut hati aku.
  6. Makbapak aku xpernah insurans kan mulut aku so kekadang tanpa disedari,aku mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati seseorang.Maafkan aku tentang perkara ini.Aku hanya bersikap jujur dalam persahabatan.
  7. Aku paling pantang kalo keta Kancil,Myvi, dan juga Viva nak cucuk-cucuk angin keta aku.
  8. Aku xde hal la nak tengok gmbr org eksiden ker,gmbr taik ker atau apa-apa jer mse makan tapi aku xleh blah betul kalo ada tikus.Meremang bulu roma aku.
  9. Aku jenis yang cepat faham sesuatu perkara lagi-lagi kalo ada unsur lucah didalamnya.So, jangan terkejut kalo banyak formula-formula payah aku ingat kerana aku masukkan unsur lucah.
  10. Aku minat gle dengan band Linkin Park sebelum mereka jadi macam Jonas Brother.
  11. Aku minat bce komik dari kecik smpi la dah tua nie...dan mse kecik dulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi pelukis komik sebelum aku tahu yang aku xde bakat melukis.
  12. Mse kecik-kecik dulu aku pernah buat sembahyang hajat sebab member aku cakap kalo nak saku ajaib Doraemon kne buat sembahyang hajat.Member aku dah arwah skrg.
  13. Aku ada sehelai uban dan aku berharap semua rambut aku akan jadi putih supaya dapat jadi macam vokalis My Chemical Romance.
  14. Aku suka bermain DoTA bersama rakan-rakan tapi rakan-rakan xsuka bermain dengan aku sebab pc aku slalu fatal error.
  15. Aku dah imun dengan caci maki,kutuk dan keji...aku juga berharap anda begitu bila bersama aku.
  16. Aku kne buat esei untuk interview siang tadi tapi tetiba aku tertulis blog pula.Jadi sila sama-sama tadah tangan dan berdoa semoga aku dapat keje tersebut.
  17. Aku sepatutnya dah berhenti tulis blog dan seterusnya mencari bahan-bahan untuk menulis esei tapi entah mengapa tangan aku bergerak dengan sendirinya.
  18. Aku suka no. 19 sebab aku lahir pada 19 Januari.
  19. Jadi aku akan berhenti menulis tentang diri aku pada no. ini.
p/s:Sesiapa yang mempunyai kebolehan mengarang seperti A.Samad Said atau J.K Rowling sila hubungi aku untuk bantu aku dalam pembikinan esei tersebut.

video
Salah satu perkara yang korang perlu tahu tentang aku...aku xde perasaan.Video diatas telah membuktikannya.


Sunday, June 14, 2009

Award Dari Sha

Share


Peraturan:
  • Kena letak award ni di blog
  • Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang mempunyai taraf kekacakan iras-iras C.Ronaldo yang baru berpindah ke Real Madrid atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda
  • Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka
Berdasarkan prestasi mereka yang cemerlang dalam membawakan watak masing-masing kami di sini akan menganugerahkan mereka dengan award yang telah dicopy-paste dari blog Sha.Dengan itu,menjemput saudara Razi untuk menyampaikan award ini.Calon-calonnya ialah:
  • Ervina (Sumber Inspirasi)
  • Naqqib (Budak SASER Mulut Longkang)
  • Najlaa (Pemilik MyVi Gemuk Berkaler Oren)
  • Pae (Pompuan Bermasalah Cinta 1)
  • Iyllienaz (Pompuan Bermasalah Cinta 2)
  • Zetty (Pompuan Bermasalah Cinta 3)
  • Apek (Rakan Sekongkol Yang Lahanat)
  • Tiqa (Si Pendek Yang Gangster)
  • Raja (Lawyer Buruk)
  • Nisa (Member Matrix)
  • Emir (Partner Dalam Penjualan Dadah)
  • Annie (Guru Disiplin Sekolah Raja Lumu)
Ucapan:
  • Sye begitu terharu kerana telah terpilih sekali lagi selama 10 tahun berturut-turut sebagai blogger lelaki paling kacak anjuran Jawatankuasa Kampung Pening Lalat, daerah Air Hitam,Johor.Sokongan anda semua amat sye hargai.


Saturday, June 13, 2009

Kenangan dulu-dulu : Khatan

Share


Tahun 1997, waktu tue umur aku 11 tahun. Maka berlangsung lah satu upacara gilang-gemilang di rumah aku dimana anak lelaki family aku, iaitu aku sendiri akan menjalankan upacara naik dewasa yakni 'khatan'.

Taktik-taktik kotor dan serangan psikologi dari pakcik-pakcik aku dalam usaha menakutkan aku menemui kegagalan.Ada ker diorang kata doktor tue sunatkan pakai kapak?...Hahaha...

Sehari sebelum upacara berlangsung...khemah-khemah telah siap dipasang dilaman rumah aku...lagaknya seperti ada kenduri kahwin.Mungkin kerana bakat jurutera yang telah terpendam sejak dari kecil lagi menyebabkan aku melihat struktur-struktur khemah tersebut agar kukuh dan tidak merosakkan majlis.Ok fine!...aku bohong...

Appointment dengan doktor telah dibuat pada waktu tengahari.Sebelum berangkat pergi, aku telah diberi makan makanan yang sedap-sedap seperti sultan dizaman Kesultanan Melayu Melaka cuma tiada penari-penari Makyong jer untuk menghiburkan aku semasa makan.

Sampai saja kat klinik...aku terus dibawa masuk ke dalam sebuah bilik.Doktor tersebut menyuruh aku baring diatas katil yang disediakan sambil membuka kain yang dipakai oleh aku.Seterusnya...kain yang dipakai oleh aku dijadikan penutup mata...doktor tue nak sunatkan aku guna kapak agaknya.Tengah syok-syok baring bogel tue...tetiba aku rse pedih yang amat sangat sampai rasa nak terajang orang.Rupanya aku dibius cinta.Cinta la sangat.Memang pedih la...xtahu la kat mana doktor tue cucuk.Selang beberapa minit lepas tue...aku xrasa apa-apa.Tahu-tahu jer dah siap.

Balik tue...aku pun terbaring la atas katil sambil pakai kain dan baju jer.Dalam kain tue bapak aku bubuh penyangkut baju besi yang telah dibengkok kan...supaya kain tue xkne bahagian yang telah dibedah tadi.

Memang syok la mse tue...baring jer.Nak apa-apa order jer...nak komik...nak makan...nak tengok tape...smuanya akan dimakbulkan.Pastu sedara mara datang jer bagi duit.

Ada sekali tue...aku tengah sakit-sakit terbaring...memang xlarat la mse tue.Tetiba sepupu-sepupu aku yang kebanyakannya terdiri dari gadis-gadis genit (kecik-kecik lagi)...masuk ke bilik...pastu diorang pakat-pakat nak tengok cmne lelaki kne sunat.Hahaha...mse tue aku dah pasrah jer...sebab aku xlarat langsung nak terajang muka sekor-sekor.Nasib baik la mak aku sempat menyelamatkan maruah anak lelakinya dari tercemar.

Salah satu benda yang menyeksakan waktu sunat nie...ialah kalo tetiba stim.Hahaha.Mse tue mangkuk mne ntah pegi bukak cite hantu indon lakonan Suzanna.Aku pun tengok jer la.Skali ada satu scene nie...watak Suzanna nie tengah mandi berkemban sebelum berubah jadi hantu.Aku selaku lelaki normal mestilah bertindak balas terhadap reaksi sedemikian.Peh! memang seksa la waktu tue.Terasa macam terbukak semua jahitan.Terus aku cepat-cepat pandang tempat lain.

Mse sunat nie juga...kne pantang makan.Dah terasa macam pompuan mengandung pulak.Aku hnya makan nasi putih dengan telur ikan jer.Telur ayam xboleh sebab nanti bahagian yang dijahit tue akan bernanah.Pergerakan juga agak terbatas sebab takut jahitan terbukak...mak aku cakap kalo jahitan terbukak nanti dye pakai stapler jer...owh shit! mesti sakit kan?

Selang 2 minggu lepas tue...aku pun sihat sepenuhnya.Dah boleh naik basikal Mountain Bike aku keliling taman.Juga nak bagitahu disini...jumlah terkumpul hasil kutipan orang ramai ialah RM200.Satu jumlah yang cukup banyak pada masa tue.Tapi makbapak aku bagi RM10 jer...yang lain simpan dalam bank.Berbekalkan RM10 tue aku pun beli la kereta Tamiya yang popular suatu ketika dahulu (actually jenama dye Auldey...Tamiya mahal...xmampu).

p/s:Aku ada satu kemusykilan disini...doktor tue jahit pakai benang pancing ker?

Monday, June 8, 2009

Sesuatu dalam hatiku berkata...

Share

2-3 hari yang berlalu nie umpama seminggu aku rasakan.Terlalu banyak yang berlaku dalam setiap saat yang mengalir.Xtahu bagaimana untuk aku luahkan apa yang terbuku di dada.Umpama di luah mati emak...di telan mati bapak...di kunyah sedap gak (Razi! jangan rosakkan peribahasa la)

  • 1st kali aku nak bagitahu...tadi aku pegi interview lagi...kali nie lokasinya di Banting...dan kali nie juga tiada kemalangan jiwa yang berlaku...tiada kambing hitam yang menjadi korban...juga tiada aksi-aksi kejar-mengejar seperti dalam episod Gerak Khas.Semuanya telah dipermudahkan oleh Yang Maha Mengasihani.

  • 2nd...aku dah tgk 17 Again ditemani seorang rakan berbangsa asing bernama Habib...oh! bangsa asingkah dye?Cerita?...Hmm...boleh la...spe yang layan High School Musical & cite-cite Disney mesti minat...aku bagi 3 bintang jer...itu pun sebab ada scene Zac Efron bukak baju...hahaha...

  • 3rd...Aku nak sound kepada pemilik-pemilik kenderaan sekalian...anda tahu kan lane kanan tue untuk laju?...Kalo anda semua tahu...mengapa masih ada segelintir daripada pemandu yang menggunakan lane kanan untuk makan angin? atau mengorat awek berbangsa asing yang sedang tunggu bas di seberang jalan.So lepas nie...sila ambil perhatian yer.Tapi aku paling panas kalo dah bagi lampu...bagi hon...xnk ketepi...padahal lane tengah sampai lane kecemasan tue xde keta pun...boleh panggil pasukan MU buat training kat situ nak cite betapa xde keta nya...hish...sabar Razi...
p/s:Jangan lupa senyum untuk hari ini,esok dan hari-hari mendatang kerana senyuman anda itu bisa membuatkan hari seseorang itu gembira-->gembira sebab ada awek senyum kat aku...

Salah satu gmbr aku dalam keadaan senyum.Payah woo nak tgk aku senyum...


Sunday, June 7, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak : Review

Share


Mata mengantuk tapi masih mahu update.Adakah ini yang dinamakan ketagih?

Hmm...ok...tadi aku pegi tengok wayang.Seperti yang aku war-war kan dalam post sebelum ini,juga pengumuman yang dibuat di Facebook...aku nak tgk 17 Again...tapi malangnya ble usul nie aku bawa kepada ahli majlis lembaga rakan-rakan sekongkol...diorang sebulat suara undi aku gay berkuat-kuasa kalo tiket wayang 17 Again dibeli.

Oleh kerana bimbang nama dan imej soleh yang telah aku terapkan sejak dari bangku sekolah lagi tercemar kerana sekeping tiket...maka aku dengan tidak rela hatinya mengikut diorang menonton 'Jangan Pandang Belakang Congkak'.Komen aku pada cite nie...xbest (malas nak komen lebih-lebih sebab xbest).Bintang yang aku berikan? 2 dari 5 bintang.Ok.Noktah.Tutup kes.

Thursday, June 4, 2009

Bapok itu yang mengorat aku!

Share

Biarlah aku mulakan post kali nie dengan sedikit deskripsi pasal aku.Untuk pengetahuan pembaca terutama kaum wanita,aku nie xhensem...jauh skali untuk mendapatkan gelaran kacak dan sewaktu dengannya.Struktur tubuh aku juga agak kurus kering dimana maksudnya aku x tegap atau dalam omputihnya...not tough at all.Selain itu juga,aku tergolong dalam golongan pendek yang jika digandingkan dengan 6 orang lagi rakan-rakan aku akan membentuk suatu cerita dongeng kanak-kanak bertajuk Snow White dan 7 orang kerdil.

Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa aku nak cite pasal kelemahan diri aku nie?...

Ok...cmni.Dewasa ini,pertambahan lelaki-lelaki lembut atau bapok dan juga golongan-golongan gay semakin berleluasa umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Dan kebiasaannya,mereka ini akan tertarik pada lelaki yang berwajah kacak...bertubuh tegap...dan tinggi.So...skrg nie pahal diorang nak ngorat aku?...Di bawah nie aku smpikan 2 kisah dari beratus-ratus kisah benar yang pernah terjadi kepada aku yang suci ini.

Kisah 1:

Aku dan rakan-rakan sekongkol bersiap-siap untuk pergi lepak minum kat kedai siam dimana suasana kedai itu seperti anda berada di selatan Thailand.TV yang terbukak di kedai itu juga slalu menayangkan rancangan siam dan pop-kuiz versi siam yang kteorang sepatah haram pun xpaham.Tapi kteorang slalu lepak kat kedai tue sebab hanya kedai tue jer yang bukak smpi pukul 3 pagi...dan juga roti telur cicah susu pekat yang sedap.

Tengah syok borak-borak pasal agama, tetiba datang segerombolan bapok yang baru lepas mencari pelanggan.Owh...lupa aku nak mention...bapok-bapok kat Kuala Perlis nie selalunya berbadan tegap macam bonzer dan bermuka sangat buruk umpama oil-filter yang dah 3 tahun xganti tapi aku xpaham kenapa ada gak orang yang nak melanggan mereka.Apa xcukup lagi ker bohsia yang ada di Malaysia ini?

Dengan ketibaan bapok-bapok tersebut,kami pun segera menamatkan perbualan sebab xlalu nak makan akibat ternampak lurah bontot bapok tersebut.Mmg fcuk ar bapok tue.Agak kurang asamnya rakan-rakan aku nie...diorang smua pegi bayar cepat-cepat pastu tunggu kat keta.Tinggallah aku seorang yang bakal menempuhi lautan bapok tersebut.Pastu mse aku dah nak dekat smpi kat area bapok tue lepak...terdengar la bunyi berdecip-decip mcm aku slalu buat kalo nmpk pompuan dari tingkap rumah...

"Hai dik"

"Xblik ker cuti nie"

"Sombong la dye"

"Adik nie sombong la...kang akak terkam kang"sambil buat bunyi mengeram

Ok...korang dapat bayangkan x cmne perasaan aku mse nie?...Aku jalan tunduk jer sambil kaki aku melangkah laju.Dalam hati aku berdoa moga-moga xde sesuatu yang buruk berlaku.Aku dah buat calculation...nie kalo bapok-bapok nie bertindak lebih ganas...memang aku jerit la.

Mujurlah xde apa yang berlaku.Smpi jer kat keta...semua rakan-rakan yang aku sayang sangat (sayang mcm hell) dah tersenyum-senyum.

"Cmne Zi?...Kne kaco x?"

Owh...korang memang damn la tinggalkan aku sorang-sorang.Berbakul-bakul la kata nista yang aku curahkan pada mereka mse dalam perjalanan pulang tue.

Kisah 2:

Waktu tue jam dah pukul 3 pagi.Aku ajak bebudak nie minum tapi semua xde duit.Yerla...hujung sem la kata kan.So aku dgn Apek pun gerak la pegi 7E Kuala Perlis dengan menaiki Honda EX5 Type-R dye.

Untuk pengetahuan pembaca, xtahu la sejak bila bapok-bapok nie isytiharkan depan 7E tue jadi port diorang lepak cari pelanggan.Aku yang masih trauma dengan pengalaman lepas segera melangkah pantas ke dalam 7E mencapai roti Butterscotch dan Big-Gulp saiz sederhana.

Dah siap bayar...aku tunggu Apek dalam 7E...xbrani kuar.Selang beberapa minit pastu,kteorang pun kuar la...pegi kat motor...pakai helmet.Mse pki helmet tue aku terdengar la bapok tue bising-bising ber-swiit-swiit tapi aku buat xdengar jer.Apek plak aku tgk macam nak gelak tapi dye cover pastu pura-pura borak dengan aku.

Start motor...Jalan.On the way nak balik tue,Apek pun cite la kat aku (sila jangan tiru aksi ini tanpa pengawasan orang yang profesional--->borak atas motor).

"Zi,ko dgr x bapok tue jerit-jerit apa td?"

"X...diorang jerit apa"

"Diorang panggil ko...cakap abang pakai baju hijau (aku pki baju hijau...Apek pki baju hitam)...abang macho la"

"Owh...yer ker" aku cuba pura-pura cool padahal dalam hati Ya Allah cuaknya...

















Cukup lah 2 kisah yang aku sampaikan pada kali nie.Sebenarnya banyak lagi kejadian yang seumpama itu berlaku pada diri aku yang suci dan kudus ini.

Moralnya disini...janganlah anda menjadi bapok.Sekian terima kasih.

Tuesday, June 2, 2009

Perlumbaan yang mempertaruhkan maruah!

Share

Arahan:Tunggu lagu di playlist loading baru baca...ok?

Stereng keretaku dipegang kemas dan erat.Lantas kakiku menekan keras pedal minyak.Pantang sungguh aku bila kereta nasional diperkotak-katikkan di lebuhraya tanah air sendiri.

Kereta Mini Cooper S berwarna merah dengan jalur keputihan itu sungguh bongkak menongkah lebuhraya.Habis kereta-kereta nasional lain ke tepi memberi laluan tanda ketakutan.Tapi aku? Mungkin darah kepahlawanan yang mengalir dalam diri ini memberikan aku kekuatan untuk cuba cucuk-cucuk angin dari belakang.

Mini Cooper S...dengan kapasiti enjin 1598 cc 4 valve...yang menghasilkan 163 bhp (brake horse power)...meluncur laju di lane kanan.Aku yang agak ketinggalan lebih kurang dalam 3 tiang setengah mula mengatur langkah dan menyusun strategi.

Sesuai dengan namanya yang berjiwa perwira...Satria Neo berkaler hitam ku mula berbunyi kuat seperti harimau yang kelaparan. Kereta-kereta nasional lain mula memberikan sorakan dan sokongan kerana adanya seseorang yang cuba untuk menamatkan keangkuhan kereta buatan British tersebut.

Sebaik sahaja meter RPM mencecah 6...pantas tangan aku menukar gear bagi mendapatkan tujahan yang diperlukan.Dari 3 tiang...ke 2 tiang...sehinggalah kereta aku betul-betul cucuk angin bontot Mini Cooper tue...lantas high-beam pun diberikan tanda suruh mengalah.

Persoalannya:Adakah kemenangan milik kereta nasional?Atau lebuhraya terus dikuasai kereta-kereta berbangsa asing?

Nama-nama besar seperti Tok Janggut,Mat Salleh,Mat Kilau,Dato' M Daud Kilau (apa kne mengena?) yang berjuang mempertahankan tanah air diberikan penghargaan dan perjuangan mereka diabdikan di buku-buku sejarah tingkatan 3.Patutkah nama aku juga diabdikan...sebaris dengan nama-nama mereka?Kerana cuba mempertahankan nama dan maruah kereta nasional?

Tiada catatan sejarah yang dikarang oleh Tun Sri Lanang sebagai sumber tapi aku nak cite nie wei...aku berjaya potong Mini Cooper S tue dan secara tidak rasminya...aku juga telah menaikkan nama dan maruah kereta buatan tempatan.

Aku xmengharapkan apa-apa balasan...jauh skali menyuruh Kementerian Pelajaran mengabdikan nama aku dalam buku-buku sejarah.Aku hanyalah seorang yang ikhlas berjuang dan sukakan kelajuan.




Monday, June 1, 2009

Aku bukan tukang masak!

Share

Tatkala burung hantu mencari mangsa...tatkala itu jugalah aku turun ke bawah membuka peti sejuk...dengan harapan adanya sisa-sisa rezeki buat ku...namun aku hampa...kerana yang ada di dalam itu...hanyalah sotong goreng tepung...lebihan makanan untuk Keroro (sejenis kucing...xkan aku nak makan kucing punya makanan...).

Xpe...xpe...santapan rohani aku mungkin berjaya menahan aku dari gejolak hawa nafsu ini.

Lantas aku membuka sebuah filem lakonan spe ntah...yang berlakon Wolverine tue...tajuk dye 'The Prestige' (cite lama lagi...Razi nie xup-to-date la--->sye org miskin...xde duit nak tgk wayang...mampu download jer...)

Tapi aku xfokus semasa menonton.Perut aku menyanyi-nyanyi lagu Nini Carlina - Pantengnya Pacarku.Aku pun tekan butang pause.Turun bawah lagi...bukak peti sejuk...cari raw material untuk dimasak.

Ada ayam dan ikan.Pejadahnya nak siang ikan & ayam malam-malam cmni.Xleh...xleh...cri alternatif lain.

Ada 2 bijik telur (jangan berfikiran kotor yer...bukan milik sye...milik ayam).Dalam hati aku berkata "Boleh la nie...buat telur separuh masak...makan dengan kicap..."

Aku pun ambk 2 bijik telur...letak dalam apa ntah namanya...kuali kot...ker periuk?...ahh...lantak la...pastu tambah air...dan jerangkan.

Sambil tunggu tue...aku dah terbayang-bayang keenakkan telur separuh masak...campur kicap sikit.Peh...rse cam omputih plak supper telur separuh masak nie...leleh air liur...(Razi...omputih makan telur separuh masak mse bkfs...ok?)

Selang beberapa minit...aku pun tos kan telur tue...bawak mangkuk...sudu...dan xlupa juga...botol kicap...

Dengan semangatnya...aku pun ketuk-ketuk telur tue...pastu tuang isi dye dalam mngkuk.

Tapi...












Damn! Xmasak lagi rupanya...Sudahnya aku minum milo 2 cawan jer...kecewa...

p/s:Aku xreti masak.Aku bukan Jamie Oliver.Bukan juga Chef Wan.Aku berazam nak belajar masak sementara menggangur nie...kalo bini aku lari pun...aku masih boleh masak sndri.Maafkan kejahilan ku...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP