Saturday, May 2, 2009

Hujan

Share


Hujan adalah disebabkan oleh kerana awan-awan terlalu gemuk menyebabkan mereka tak dapat menanggung berat mereka sendiri semasa terbang di langit lalu jatuh tersungkur maka terbentuklah hujan.

Hujan juga adalah satu rahmat dari Maha Kuasa kepada hambanya di muka bumi ini di mana terbentuklah kehidupan dari titisan-titisan hujan tersebut.Nak tau tak berapa jumlah malaikat?...Tak silap aku dulu ustazah aku pernah cakap...satu titisan hujan tue mewakili satu malaikat....huhuhu...so kira la berapa banyak titisan hujan yang ada...dan dengan segala hormatnya sila betulkan aku kalo aku silap kerana aku produk sekolah agama yang gagal.

Nape aku cite pasal hujan nie?...Sebab dah lama kawasan kediaman aku nie tak dilimpahi hujan.Untuk makluman pembaca...kawasan kediaman aku nie sangat panas...walaupun jarak matahari di antara negeri Perlis dan Selangor lebih kurang sama tapi banyak faktor lain yang menyebabkan kepanasannya berbeza.

Aku suka hujan sebab bila hujan...keadaan agak sejuk sikit.Selain tue juga...hujan dapat membersihkan udara-udara kotor yang bergentayangan.Sebab tue kalo lepas hujan...korang akan perasan udara cam agak segar.

Tapi bila hujan...keta aku akan jadi kotor.Bila keta kotor...ini bermakna aku memerlukan RM9 untuk pergi ke kedai cuci kereta...itu belum masuk duit minyak lagi sebab jarak yang agak jauh.Memandu kereta sewaktu hujan juga banyak menyebabkan kemalangan....periksa dulu bunga tayar sebelum memulakan perjalanan dan jangan bawak laju semasa hujan adalah satu langkah yang bijak untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya.

Jadi, ada sesiapa boleh bagitahu aku mengapa main hujan boleh menyebabkan demam?

p/s:Post yang aku taip semasa hujan buat pertama kalinya dalam 3 minggu di Perlis.

0 comments:

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP